Monday 26 December 2011


What are words!


anywhere you are i am near.
anywhere you go i'll be there.
anytime you whisper my name.
you'll see....

<C2>every single promise i'll keep,
cause what kind of guy would i be.
if i was to leave when you need.
me most....

<C1> what are words if you really dont mean them when you say them....
what are words if there're only for good times then they dont..
when its love yea you say them out loud. those words,,
they never go away...
they live on even when we're gone...

and i know an angel was sent just for me and i know im meant..
to be where i am and i gonna be.
standing right beside her tonight,
and im gonna be by your side..
i would never leave when she needs.
me most...
<C1>
anywhere you are i am near.
anywhere you go i'll be there.
and im gonna be here forever more..
<C2>
im forever keeping my angel....
close.........

rindu saat ini. hahahhaaha ='D

Asalammualaikum =)

Sunday 25 December 2011

Alhamdulillah.

Asalammualaikum , Alhamdulillah hari ini 12/25/2011 kami sekeluarga telah selamat menjalankan 
Tahlil untuk uncle Halid Salehan.

Semoga roh uncle ditempatkan dengan orang-orang yang beriman dan disayangi Allah.

Takziah untuk keluarga uncle , kepada makcik saya teh, siraj harap teh menjadi seorang yang tabah menghadapi dugaan Allah ni .
Kepada sepupu saya , ifah,faez,kak long, kak yanee, kak uyu harap semua tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan uncle, dan tabah menerima ketentuan Allah S.W.T .


*Walau apa pun yang tejadi , kami semua sentiansa doakan uncle . Insyallah <3

#Asalammualaikum. 
Kepada yang membaca post ini dengan ikhlas sedekahkan Al-FATIHAH buat uncle saya yee.

Wednesday 21 December 2011

Kehidupan semenjak habis SPM!

Asalammualaikum!!!!!
haaaa. nampak energy betul aku bagi salam. Tak tahu lah kenapa , semenjak habis SPM and duduk rumah 24jam ni aku rasa tenaga aku banyak dan tak akan bekurang sama sekali .

Kenapa aku banyak energy?? okay aku cerita .
*First sekali tepat pukul 10 or 11 baru aku bangun and tak perlu ucapkan selamat pagi dekat sesiapa sebab semua orang dah bangun berbeza masa aku sekolah dulu , aku bangun aku ucapakan selamat pagi dekat semua orang yang yang paling letih sekali aku kena kejutkan afiq abang aku yang tidurr mati, tapi semenjak aku dh x sekolah ni, afiq yang kejutkan tak pun abang 'rosyam nor' ak .PEEEEAAACCCH!

Okay tu cerita baru bangun.. Okay dah lepas bangun sudah semestinya berbeza dari dulu sebab kalau dulu aku bangun terus capai tuala dan mandi. Sekarang? pukul 4 atau 5 baru aku perasan aku tak mandi lagi dan kadang-kadang mak aku balik baru aku nak mandi, mak aku balik dalam pukul 6.45 macmtu lah.HAHA

Cerita bangun dah , cerita mandi pun dah . Ni aku nak cerita ape aku buat sampai aku tak mandi tu.
*Aku ni tak lah pemalas and tak guna sangat , aku menggunakan tulang muda ni untuk membersihkan rumah aku ni , supaya menjadi 'rumahku syurgaku' taklah penuh dgn habuk, sampai aku boleh kena athsma. So kepada anak2 dara jangann jadi pemalas sangat . KEMAAAS RUMAH! BANTULAH IBU ANDA !

*Dah selesai kemas rumah, aku pun buatlah kerja macam korang semua suka juga iaitu
ONLINEEEE!!!!! 
aku ni takda lah 'HOT' mana pun , tapi kalau buka FB tu mesti adalah orang tag nama lah, orang hantar mesej lah , POKE takyah cakap lah. BANYAKKK ! *kpoyo !
Tu baru FB , kalau aku buka TWITTER lagi lah, orang mention macam aku sorang je kawan diorg yang follow diorang kat twitter tu HOHO! 
Dan aku semestinay membuka dan update my bucuk-bucuk blog ni , tapi bila ada idea jee.. hehe.
aku sayang gila blog aku yang ni, harap aku tak lupa pswrd yang ni pula.

Okay selepas aku online, sudah semestinya aku yang KURANG KURUS ni berasa sangat lapar dan memerlukan makanan yang banyak. Ni jee masalahh aku, AKU TAK TAHU MASAKKK ! nasib baik ada abang acab saya yang pandai sangat masak dan juga adik saya . MUAH!  suka aku orang lain masak AKU MAKAAAAANNNN! HAHAHAH(gelak jahat)

Lepas makan aku mesti mengantuk , aku pun pergilah ke bilik aku yang DIVA sangat tu , dan terus tarik selimut aku yang LEMBUT dan meletakkan kepala ke atas bantal aku yang EMPUK. hehe
dan terus TIDUUUUR  ! (mimpi indah)

Okay sampai sini, kadang-kadang aku bangun malam tu , kadang-kadang aku tidur sampai pagi dan mengulanggi aktiviti aku yang macam atas ni semula.(TERUUUUK)

Apa-apa pun aku SUKA CUTIIIII !!!!!! 
eh aku nak cari kerja okay, mak aku cakap ambil LESEN dulu(nampak mak aku sayang aku)haha

Okay lah. Aku tahuy aku teruk. Alah korg yang cuti tu pun lebih kurang sama jee.. kalau aku teru pun , teruk sikit je dari korang =P
_______________________________________________________________

OH AKU LUPA !!!
GOOD LUCK UNTUK ADIK-ADIK YANG AKAN AMBIL RESULT ESOOOK! =)








Monday 19 December 2011

AKIBAT TERLIUR :)

Aku update tampelates aku gambar ice-cream ni sebab aku tengah betul-betul
TERASA NAK MAKAN ICE-CREAM

Nanti dah hilang rasa ni, aku tukar . HAHA 
PEEAACCCCEE (Y)

*tengoklah blog saya yang sedap ni =)

Sunday 18 December 2011

lesen!!!!!

Helloooooooo!!! saya di sini ingin mengumumkan bahawa saya baru balik dari mendaftar Lesen Kereta,
Saya bangga(padahal baru daftar) HAHA !
Saya harap saya lulus dengan cemerlang,gemilang,dan terbilang!!!

Bukan nak bangga diri, aku sebenarnya excited jeee !  =)
Doakan saya dapat lulus yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! (paksa) haha

Aku adalah juga tak puas hati dengan pakcik yang ajar tu, tapi taknak kutuk nanti ilmu tak berkat ,tapi memang aku tak puas hati dengan dia, aku ingat lepas jee aku lulus lesen, terus aku nak kunci dia dalam kereta, pastu lepaskan kereta dekat mana-mana sungai ke gaung mana-mana ke . Kau tunggu pakcik. 
AHAHHAHA(gelak jahat)

okaylah. Aku tak tahu bila nak pergi dengar ceramah yang 10 jam nanti, and macam mana aku nak hadapi benda tu semuaaa!!! OH TIDAAAAKK!

Bila aku dalam dewan ceramah nantii :
*duduk keseorangan tanpa gurauan dari kawan-kawan
*tidak kenal sesiapa
*muka blur gila macam budak darjah satu masuk kelas
*lapar setiap masa
*haga tahap dewa dewi
*tengok-tengok kalau ada pakwe kacak =P
*menyampah tengok lelaki or perempuan rempit! peeaach! haha
*taku-takut orang sebelah mulut busuk (10jam nak thn)

Dan sewaktu dengannya lah! HAHAHAHA =D

semoga saya dapat lesen =D








Saturday 17 December 2011

Rindu My Uncle .

Asalammualaikum . Hari ini aku duduk sperti biasa menghadap Laptop dan online dan menulis blog aku ni. Emm!(haa nampak tak aku sedih) . okay serius memang aku sedih and tengah rasa rindu gila dekat uncle aku yang sedang sakit di hospital sekarang. Tiap-tiap minggu aku pergi melawat dia , and tiap-tiap minggu juga lah ada sahaja perubahan pada diri dia .
Uncle aku dah semakin kurus , dah tak handsome macam dulu dah , tapi dia tetap uncle aku paling handsome! hehe! 

YEEEEEEEEEEEE ! saya sayang uncle saya sangat2 and gila juga lah sayang kat dia . Paling senang dia pakcik aku paling besstt! (sorry pakcik lain)hehe.
Uncle aku ni suka bawa aku dan keluarga pergi jalan-jalan kalau kteorg tak tahu jalan ,dia lah selalu tunjukkan dekat kami. Tanpa dia KAMI SESAT !! SESAAAAAT !ha terukkan ?

Aku post ni, bukan ape . Cuma aku sedih and rinduu jee dekat uncle aku.  
Jap2!! aku uplode gambar! 


HAAA ! sporting kan my uncle ! eh mestilah yang baju putih tu uncle aku. Yang dua ekor lagi tu anak kesayangan dia .
*tengok aku dengan uncle aku sweet gila pakai baju putih sama-sama. =)
Korang ada? takde. HAHA

Jap gambar dekat!!


JENG..JENG... haaa macam sape ?
Macam hero hindustankan ? HAHA!peeeaaach uncle .

#Siraj sentiansa doakan kesejahteraan uncle di dunia dan akhirat .
Kami semua sayang uncle sangat2.

Semoga tuhan sentiasa bersama uncle , dan permudahkan perjalanan uncle =')











Thursday 15 December 2011

saya bukan pemujuk yang baik

SORRY!!SORRY!!!SORRY!!! aku bukan tengah nyanyi lagu K-pop okay. tak minat tau nyah. *sorry kepada peminat K-pop. Okay aku bukan nak cerita pasal K-pop .
__________________________________________________________________

Aku sebenarnye nak buat satu pengakuan ,di mana aku ni bukan lah seorang yang suka memujuk sebab tulah aku tak suka bila orang nak merajuk dengan aku , kadang-kadang aku pun tak tahu kenapa orang merajuk dengan aku ,sebab aku tak suka ambil tahu orang yang merajuk-rajuk neh, lagi terasa tak tentu pasal, pastu nak tacing2, haha,(k emosional). 

Emm . So kepada sesiapa yang nak merajuk dengan aku dan nak aku pujuk dia tunggu lah sampai lebam dan sebam! sebab aku memang tak akan pujuk kau lagi-lagi aku tak tahu ape salah aku kat kau okay sayang ku =).
Dah berapa tahun tak jumpa aku, pun nak merajuk dengan aku . Dengar sangat fitnah orang .
(aku mangsa fitnah) HAHA
So ape kau nak cakap, cakap lah DO I CARE (gedik) peeaaaccch (Y)

Actually, aku tengah bengang dengan orang-orang yang merajuk dengan aku tak tentu pasal , sebab ape pun aku tak tahu. Dia ingat aku ada masa nak fikir pasal benda-benda SAMPAH macam ni. SAMPAH OKAY!
Aku malas layan ,layanlah perasaan kau sorang-sorang , cakap aku taknak percaya , pergi percaya cakap orang lain . Kau ingat aku jahat sangat ke nak mengata kau!! EEIIIIIIEEIIIIEEIIII (nampak tak aku marah?) <_>'

Aku harap kau bahagia dengan hidup kau yee . MENYAMPAAAAAAH! 
BYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!

*maaf yee anda. siraj emosional =O 
peeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeaaaaaaaaaaaccccccchhhhhhhhhhhh =D

Tuesday 13 December 2011

Hello,hello,hello,hello!!!!
Saya nak bagi tahu yang saya esok atau lebih tepat lagi beberapa jam saya nak keluar rumah ! 

Tak sabar nak jumpa my hunny bunny ! :* muah ! (k gedik) haha

hahah. macam xde kene mengena jee benda ni >HAHA 
aku sebenar nye tak tahu nak tulis ape. aku mana lah reti nak tulis jiwang-jiwang ni . Tak suka okay =P

Okaylah ! aku sebenarnye TAK SABAAAAAAAAR ! dh lama tak jumpa =)

BYE *kbosan

Friday 9 December 2011

Tekejut mak noook !

Hye . duduk diatas katil yang sugguh empuk ,lembut, renyuk,konyot dan sewaktu dengan nyee mmg best lah!ehehe. 
___________________________________________________________________________________
Haha. Keluar tajuk pulak kat atas ni . Jadi macam ni sebab menulis duduk atas katillah(kbosan)
TUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUT

Aku sebenarnya nak cerita pasal selendang hari ini , pada sesiapa yang tak tahu selendang . JAP 
*nah tengok gambar.hehe


Aku baru jee pergi beli selendang tadi . Alhamdulilllah aku pilih yang cantik(lagi cantik dr atas ni) =P
Tapi aku tak tahu macam mana nak pakai, takde lah bodoh sangat , cuma tak reti nak buat style-style yang digilai ramai perempuan yang bertudung sekarang ni . Style yunalah , hana tajima lah , maria lah, dan ramai lagilah. peeaaach =)

Disebabkan aku tak tahu macam mana nak style kan selendang ni , aku pun seacrh lah YOUTUBE untuk tengok kalau-kalau ada yang ajar style yang cantik.
aku pun dapat satu pengajar ni nama dia TUUUT tak boleh bagitahu , nanti controversi aku pye blog. hehe
okay lah . aku pun tengoklah macam mana dia mengajar ,dapat lah juga sikit-sikit walaupun aku tak cuba . Aku respectlah budak tu sebab dia pandai pakai tudung and dia cantik sangat =)

Tapi you all yang buat sirajazman teperanjat ! ada satu part dia lilit tudung dia , dia tersalah tau , then dia boleh mencarut OH FUCK(ni dia yangcakap). Thats not good at all. Cuba bayangkan kalau orang bukan islam yang tengok video dia tu, kan dh rosak nama islam.

*so better tengok betul-betul video awak tu sebelum post okay my dear . Its okay lah , mugkin dia tersalah,tapi kalau di lihat di mata orang-orang bukan islam, diorang akan cakap agama kita 'cakap je lebih' rigth?

Siraj kat sini bukan nak cari salah sesiapa. Cuma teperanjat jee and nak perbetulkan ape yang salah sahaja . Thanks <3

#Salam buat siraj untuk anda semua . Terima kasih kerana baca =)













Wednesday 7 December 2011

Promote abang saya (afiq muiz azman shah)

First sekali ni link FAN PAGE abang saya . 
Di sini , pada sesiapa ingin mengikuti abang saya sepanjang aktiviti dia, boleh like page ni . Hope dapat menyokong abang saya yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia seni ini .
Gambar sikit =)


*ni cerita tebaru afiq muiz . hope afiq dapat buat yang terbaik dan memikat hati penonton . 
insyallah. Amiiiiin :)


#MARILAH KITA RAMAI-RAMAI SUPPORT ARTIS MALAYSIA <3


cerita sedih.

Hari ini , di tengah hari yang panas membakar kulit ni , aku amatlah bosan dan tak tahu nak buat ape .
sebelum  spm macam-macam nak buat ,  tapi dh habis spm ni, aku totally tak tahu nak buat ape . TOLOOOOONG! aku amat lah bosan . 
nak hang dengan kawan-kawan xdooook duit . xdoook transport. semua plan tak menjadi!!! 

*semua orang buat status kat facebook 
"yeeaah hang bersama kawan."
(aku dapat tengok jelaaaaaaah!) errrgggggh! 

TAPI xpe3!!!!! sirajazman sentiansa bersabar. 

#okay post ni sekadar luahan perasaaaan ! :'(
tolonglah kalau nak keluar ajak lah siraj yeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

Tuesday 6 December 2011

4 and 5 nilai my soul muah !!

Assalammualaikum :) hari ini kami dah habis exam. SPM!!!! 
Dalam kegembiraan kami , masing-masing dalam kesedihan(nada yuna). Mana tak nyee dua tahun kami bersama , begurau, begaduh , bertekak, bercium mulut, berpelukan , bersepak , bernyepak ,di sepak , dan kekejaman yang lain. Tapiiiiiiiii !!! kami sudah seperti satu family yang tak dapat di pisahkan buat selamanye  (k jiwang)haha. Masing-masing ada perangai n perwatakan masing-masing.

Ini hasil dari permerhatian aku. 

Kita mula dengan ketua tingkatan kami (IRFAN SYAH)
*dia ni lelaki , tapiiiiiiii berjiwa ibu, dia jaga kami macam mak kami.. aku pun kadang-kadang confuse dia mak aku ke ??(k leeepuuuu) thanks too Irfan sebab sudah banyak berjasa pada kami dan guru-guru .

Seterusnya kita pergi kepada RARA a.k.a Syarifah Syahirah (penolong kelas kami)
*Dia ni nama je penolong tapi kteorg tak pernah takut pun dengan dia ni. PEAAACH! Hope dia sambung belajar nanti dapat jadi penolong kelas yang garang sikit lah . hehe

Okay sekarang aku nak cerita pasal kawan-kawan aku yang menemani aku setiap waktu disekolah. Kami rehat bersama , gelak bersama , sedih bersama , pergi gaduh dengan orang pun bersama , main bersama(sukan) , gossip bersama, tidur sebantal , mandi kolam , SENANG SEMUA SAMA-SAMA LAH! aku pun kadang-kadang bosan dengan diorg ni. =)

*pertama sekali pasal kawan aku yang sorg ni Shena Rofizal. Dan 5 tahun aku berkawan dengan makhluk ni. Dia ni kalau kteorg tengah bercakap or bergosip mesti dia buat tak tahu jee. 
(online kat phone jee, boleh jadi cc lah kalau tengok dia onlie) 

*seterusnya dana and fatin eleena. Dua orang makhluk ni , suka gila bergossip pasal lelaki. korg kalau nak cari jodoh boleh tanya diorg ni. yang si fatin ni asal exam je tak baca buku. termasuk SPM juga . =)
tapi tetap love both of you lah <3

*Next about my DRUMSTICK.. (alifah ilyana) eceeehh.. dia ni kalau dengar suara dia, bapak sebak gila, aku tak tahu kalau dia menangis macam mana, mesti sampai lebam-lebam mata dia agak nye. okay dia juru kamera kami semua. Tanpa dia , tiadalah gambar-gambar yang boleh dijadikan kenangan.nah lovebite sikit
:*

*Okay ni aku nak cerita ni, geng-geng yang kuat belajar contohnya syuhadah , atikah , ezzah , dewi , dan alihamizan. hehe. Semoga korang berjaya dalam hidup.

*kepada ani mazliya kami merindui awak. sebab kteorg rindu dia ni, sebab dia ni dalam setahun boleh kira lah hari-hari dia datang sekolah. hehe peeaaach ani !


*Special dalam kelas kami. jejaka-jejaka kacak (kacak ke?) .
#Raja zahir, Danial , Hafizie , Afiq(apek) , Zaem, Hatta , Amrianto(orang malaysia okay) , Attan , Masyud, Haziq iskandar , Haziq mat derus , Haziq Pahmi(tapi dia dah macam bukan budak kelas kami dh) , Syafiq kamaruzaman , Syafiq Affandi(pelawak kelas kami) , Nik nur akif ,Syah .
okay lah kalau ada nama yang tak sebut sorry yee.. mungkin aku terlupa. Btw korang semua meninggalkan kenangan yang hebat kat aku . Lawak-lawak korang tak akan pernah aku lupakan 
(boleh cerita kat anak cucu) .

#kenangan bersama korang tak akan aku lupakan selama-lamanya.
#Tak kira laki atau perempuan kalau khawin jangan lupa jemput aku. Aku datang punya =)
#Jangan lupakan siraj yee <3

*Hope korang berjaya dalam kehidupan korang. Selamat menjalani hidup sebagai seorang DEWASA hehe.Semoga result SPM cemerlang. JANGAN LUPA DOA =)

SALAM SIRAJ BUAT KAWAN-KAWAN KU YANG TERCINTA <3










Post saja-saja di last sekolah


SAYA LAST SEKOLAH HARI INI

06.12.2011

*okay tuje nak cakap . peeeeacccch

Tengah malam

Hye. post tengah-tengah malam mcm ni memang kesukaan aku. Emmmm! tak boleh tidur sebenarnye , ada orang menyakitkan , menyedihkan hati aku ni. Membuatkan aku tak boleh nak tidur , Hari-hari malam menjadi suram *k sirajazman jiwang. :P
* tulis malam-malam ni keyboard pun aku tak nampak sgt ni. (tak sedar diri tu rabun malam)

Okay ! Sebenarnye nak bagitahu yang aku LAST PAPER ESOK UNTUK MY SPM (=

Esok paper Ekonomi Asas. Alhamdulillah aku tak ada apa-apa masalah dengan paper ni. Insyallah I will do the best for my result . :)

Tapiiiiiiiiiii ! dalam keseronokan nak habis sekolah, aku serta teman sepejuang SEDIH sebab kita orang akan berpisah , cuma lambat atau cepat je. Hope tak akan lost contact *tapi tak akak jadi kot sebab kita kan aada FACEBOOK, SKYPE, YM, TWITTER, MYSPACE(kalau ada yg masih ingat password lah)hehe
And kalau korang khawin jangan malu-malu nak jemput SIRAJ AZMAN. :P

Thanks too all my friend sebab sudi jadi kawan aku selama ini. 
Thanks too Shena rofizal , Syafiqa jaafar, Afiqah rahim , Alifah ilyana , Dyana harun , Fatin Eleena , Syeril Eleena, Syarifah Syahirah , Syuhadah , Alihamizan , Anusha , Bob Danial , Raja Zahir ,. Shahzanie , Irfan , Ani Mazliya , Syikin , Mira , Zue , Irma , Puteri , Nissa Azri , Adhwa , Syafiqa ,
WAAAAAAAAAAAAAH ! dan ramai lagi . Korang semua pernah happy kan aku selama aku sekolah di BANDAR TUN HUSSEIN ONN .

*Maaf jika ada nama yang siraj azman tak letak, saya pun manusia biasa, kadang-kadang terlupa .

#Maklumat penting yee. Kalau ada renion jangan lupa panggil siraj azman. And dalam plan siraj azman nak buat renion 10 tahun akan datang. hehe. 

okay lah mengatuk tahap dewa dewi dah ni . bye. keep in touch okay bebeh . muah :*

salam siraj buat kawan-kawan <3

*jap ! post aku macam lari jee dengan tajuk .(actlly tak tahu nak letak tajuk ape) haha








Saturday 3 December 2011

Post pertama saya =)

HEELLLLO ! 3.12.2011, kakak sedara saya telah selamat melahirkan anak perempuan sulungnye. yang sungguh cute, miut :)

Jap ni anak sedara untie 'mun' lagi seorang (bertambah anak sedara mak noook)


ALOOOOOLOO ! comel aliii! jap nama NUR DANNA QULISYA . 
Alhamdulillah my anak sedara selamat dilahirkan. Sepatutnya Danna dilahirkan pada bulan satu , tak sabar nak tengok dunia baby comel ni =)

*tahniah kepada k.ilya dan abg boboy . Semoga daopat menjadi ibu bapa yang baik dan keluarga yang bahagia untuk selama-lamanya <3

#lagu sikit

http://www.blogger.com/blog-this.g?n=Barney+-+I+Love+You&source=youtube&b=%3Ciframe+width%3D%22459%22+height%3D%22344%22+src%3D%22http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fembed%2FdsKO_r76kfQ%3Ffs%3D1%22+frameborder%3D%220%22+allowfullscreen%3E%3C%2Fiframe%3E&eurl=http%3A%2F%2Fi1.ytimg.com%2Fvi%2FdsKO_r76kfQ%2Fhqdefault.jpg

hehehe <3
 *owh lupa pulak !!! tahniah kepada pakcik hawi dan cik zai sebab dah terima cucu sulung ..ecececeh . Hye atuk dan nenek . :*

EH ! macam tak adil lah pula cerita pasal anak saudara untie yang sorg ni jeee.. hehehe.

Okay lah ni lah anak2 sedara saya <3

 CAAAK ! Budak gomok3 ni Hadif (tu jee aku ingat) hehe
baby 2011 <3


The big brother . Adi Hakimi ( budak bijak)
My sulung anak sedara ni <3

 Uish ! Budak paling aktif .
boleh jaga dia kalau anda semua nak kurus =)
(Adi hafizudin)

*Tapi mak dia tak kurus2 pun (sorry k.lang) =P
peeeaaachh (Y)



Hanis Najihah <3
kembar untie mun!!!!! (sama ke ? . k bsn)
Anak sedara kesayangan ni , hari2 ku menjadi ceria dengannya(HAHA)
Nah ambil cium sikit :*



Tembam3!!! Aishah Hana
(baby 2011)
*tahun anaklah aku rasa tahun ni =P



IMAAAAAAAAAN !!!!
(okay tu  jee aku ingat nama dia) *mak sedara tak guna =P
tak tahu kenapa tapi kalau tengok muka iman jiwa menjadi tenang . hehe
Baby 2011 jugak iman bucuk3! :*

# okay tulah anak2 sedara saya. ada lagi seorang tapi tak dapat cari gambar baby ku tu.. IQRAM sorrrrrryyyyyyyy! *mak sedara gambar anak sedara pun takde . =P

#saya harap anak-anak sedara saya akan menjadi genarasi yang CEMERLANG , GEMILANG , TERBILANG!!!!

(post pertama tiba--tiba mood nak tulis about my anank-anak sedara saya <3)


blog baru yang ke berapa entah lah =)

TAK TAHU ! TAK TAHU ! TAK TAHU! tak tahu (ulang) tak tahu ni blog yang keberapa. Harap lah sangat-sangat ni blog yg terakhir .AMIIIIIN =)

sebab-sebab buat blog baru : *sebab jelouse gila tengok org tulis blog sana-sini (benci tau nyah)
                                             *sebab bosan dengan twitter and facebook (myspace tak payah tanya) (=
                                             *nanti jauh dengan family boleh tulis blog. and blog boleh tulis panjang( k bsn)
                                             *dan sewaktu dengannya lah( sama je mcm korg yg suka tulis blog)

Hajat tulis blog balik : sebab nak followers dulu balikkkkkkkkkkkkkkkk!!!! :'(

#okay! harap taklah bosan terima and follow sirajazman balik. THANKS :)

*blog lama-lama boleh komot-komot , renyuk-renyuk buang dalam tong sampah =)