Saturday 21 January 2012

Bermula menimba pengalaman.

Asalammualaikum!!!!!

Hello everybody!! hari ini saya menulis blog dengan bangga dan teharunya, ingin mengatakan bahawa saya telah dapat kerja !!

Saya dapat kerja sebagai 'Tudung Promoter', berdekatan dengan kawasan rumah saya, jadi ini akan menjimatkan kos pengangkutan untuk ke kerja,kerana tidak perlu mengambil sebarang kenderaaan awam =)
Saya juga bersyukur sebab ada abang yang sudi menghantar saya ke kerja nanti, dan umi saya, yang ingin mengambil saya selepas bekerja, tapi kalau tiada kenderaan sekali pun saya boleh jalan kaki je, sebab memang dekat lah tempat kerja tu. hehe. Bekerja kali ini bukan lah sampai mati, cuma sementara jee, sebab saya sangat bosan dan tertekan duduk rumah jee, tak akan lah kerja nak update blog je kan? hehe. 

So syarat-syarat penting untuk mendapat pekerjaan ini, adalah saya diwajibkan untuk memakai tudung..Alah bukan susah pun pakai tudung , saya selalu pakai tudung, cuma nak kekalkan jee belum lagi. hehe, belum mendapat KEINSAFAN lagi , aish bila lah nak insaf ni. =P 

ALOLOLOLOLO!!! omey nyoo iiiyyoooo! haha! =*

Saya harap saya dapat bekerja dengan baik dan amanah sebab akak tu cakap, kalau kerja okay, boleh naik gaji (Y). Jangan Risau Saya Memang Seorang Yang Amanah, Sangat Amanah *ayat bodek boss.

*Good luck for myself =)

Asalammualaikum =)





Thursday 19 January 2012

Cita-cita saya

Asalammualaikum!

Hello everybody !! nampak tak excited dekat situ? haha! post kali ini ,anda jangan risau kerana anda tidak perlu baca panjang dan tidak akan mengambil masa yang lama kerana saya nak tulis sikit je.

The real of my ambition is GRAPHIC DESIGNER =)


Semoga aku berjaya mencapai cita-cita aku yang satu ini. Baby tunggu i datang =) hehe
Manusia sekarang semakin hebat.Mencipta sesuatu yang tidak dapat difikirkan oleh orang lain, dapat ke aku jadi macam diorang ni, Mungkin satu hari nanti. Just wait and see (Y)

Asalammualaikum =)

Kami bergabung kembali.

Asalammualaikum! 

Pertama sekali duduknya saya keseorang diri di rumah ini tanpa kawan mahupun teman ingin mengucapkan SELMAT TAHUN BARU CINA or HAPPY CHINESE NEW YEAR(Y). 
Kepada yang sambut tu harap-harap kamuk semuak happyk selaluk (sarawak). haha, kepada yang tak sepatutnya sambut tapi nak sambut , suka hatilah, tapi jangan tekeluar dari ajaran sebenar puloookkkkk!

So hari ini aku nak cerita pasal dua orang insan yang dicipta oleh Allah SWT untuk menjadi kawan aku. haha!aku xdelah kawan baik sangat dengan diorang, kadang-kadang macam malas layan pun ada diorang ni. haha! tapi semenjak, kteorang dah tak sekolah ni, kami menjalin kan hubugan sulit, sampaikan kami kadang-kadang lupa akan suami masing2 (suami ke?) haha! sebenarnya takdelah lupa sangat, cuma 'terlepas pandang' jee. haha. Semua kena lah faham, kalau kteorang jumpa umpama 'DuniaKamiYangPunya' mana nak perasan orang lain. Disebabkan kami terlampau obses dengan gossip,borak,merapu,mengila dan sewaktu dengannya, kami menghabiskan masa di twitter dan fb, tapi kesian dekat si shena ni sebab selalu kena 'tweet limit'. Sampai aku rasa Twitter dengan fb tu macam kteorang 3 je dalam 'laman sosial'tu. Aku pun tak tahu lah ape nak jadi dengan kteorang ni. 

Lagi satu , cerita sedih dan kami tiga orang memang tak boleh terima kenyataan lah, cerita kami minta kerja,dah macam-macam tempat dah mintak kerja, tapi takde yang panggil pun, sungguh malang nasib kami. Mungkin belum ada rezeki untuk kami, ataupun Pasti ada hikmah disebalik ini semua *ayat sedap hati. haha

Nampak tak gila dia dekat situ? orang tangkap gambar tunjuk muka, dia tutup muka. haha!
haa, yang sebelah tu yoi, bucuk2 dia. Tak nampak? tu bahu yoi. HAHAHAHAH!

Bukan main excited lagi dapat minum air, haha!ha ni betul xde sesiapa dekat sebelah dia. Comel gambar ni , suka sangat aku tengok *MataKeAtasTanganDiDada. haha!. Dia ni hari ini Pass test undang-undang jalan raya, Tahniah3 =D (jelouse aku) nanti kalau dah dapat lesen jangan lupakan aku pulok! hee

*Korang patut rasa bangga aku masuk gambar korang dalam blog aku.

Asalammualaikum =)

Monday 16 January 2012

Ramai orang gila judi.

Asalammualaikum.

Sebenarnya tadi tepat pukul lapan seperti biasa duduk di depan Tv, tengok berita di Tv3 (Y), saya seorang yang sangat gemar menonton berita, kerana dari beritalah kita dapat tahu perkembangan semasa negara dan dunia, Berita juga boleh menjadi alat pengganti untuk Surat Khabar, so kepada yang malas nak baca surat khabar jangan risau, kerana anda boleh mendengar berita, kalau dengar berita pun malas ,Takpayah jadi orang. peeaacee(Y)

Okay2, bukan main panjang intro aku, hehe. Actly berita yang menarik minat aku hari ini adalah pasal berita yang melibatkan penangkapan 'PemainJudi' di ladang getah tu, aish diorang ni, ladang getah pun jadi nak main judi, pilih lah tempat selesa sikit, yang ada aircone ke, paling kurang pun carilah tempat yang ada kipas ke, carpet ke, bantal ke. Baru lah boleh main judi dengan tenang dan selesa *k lari tak tajuk.

So,ape yang buat aku tetarik untuk share dengan korang tentang berita ni? ini kerana semasa tengok berita ni, abang aku yang comel lote tu boleh tanya aku, 'main judi salah ke? ape yang buruk sangat main judi ni?' haaa tulah soalan abang aku tanya, jadi disebabkan soalan ni, aku pun mula berfikir? lalu menjawab jawapan yang padat dan sendat untuk dia. =)

*Ini lah jawapan saya bagi untuk soalan diatas :
Pertama sekali main judi salah dari segi undang-undang sebab, apabila seseorang main judi dan kalah judi, apabila kalah judi, mereka akan berhutang dengan pemain judi lain, dan apabila hutang dengan penjudi lain, maka mereka akan berhutang pula dengan 'AHLONG' dan apabila berhutang dengan along , maka ahlong akan dengan sengajanya mengenakan *bunga yang tinggi, oleh sebab ahlong mengenakan *bunga yang tinggi ,maka Perjudi tadi tidak larat dan tidak mampu untuk bayar, ini akan menyebabkan ahlong marah dan akan Membunuh perjudi yang tak guna tersebut *padan muka.

So apabila pekara-pekara di atas berlaku, maka kes-kes jenayah di negara kita akan meningkat tanpa kita sedari,jangan ingat hanya berjudi di ladang tidak akan menjejaskan negara.(macam pemimpin tak aku)haha. Jadi terdapat banyak buruknya kalau berjudi ini,memang takde yang baik langsung lah.Banyak lagi cara nak cari duit . Cuma kena rajin bekerja je, kebanyakan yang main judi ni semua PEMALAS ! aish dasar tak guna. haaha

Nasihat saya disini, Janganlah berjudi, ianya akan memakan diri anda di masa hadapan nanti =)
_________________________________________________________________________

HA ! laki ni orang panggil dia 'dewa judi' hahaha =)
HEBAK3! 




Eh , dia bukan pemain judi, haha. Nama dia JUDI Dench (Y) hebak3! haha

okaylah dari aku banyak mengarut baik aku berhenti, haha bye awok semua =D

Asalammualaikum =)

Cincin Emas

Asalammualaikum!

Nampak tak tajuk aku, *Habib jewel sangat. haha, sebenarnya saya Dapat Pakai Cincin EMAS umi saya =D.
Takdelah bagi terus *umi kedekut. hehe, umi bagi pinjam sehari je,tapi takpelah saya rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk pakai cincin emas ini, saya rasa bertuah dari remaja lain yang tak pernah pakai cincin emas. hehe.Padahal zaman sekarang setiap anak-anak dara dekat luar tu mesti ada barang-barang 'kemas' ni,kalau tak banyak, seutas mesti ada punya lah. Aku jee pinjam umi punya *Sedih!

Sebenarnya bukan lah ibu bapa saya yang kedekut tapi, SirajAzman memang tak suka dan akan Tension kalau pakai barang kemas . Sebab bila aku pakai barang yang bewarna Emas, aku rasa macam tak sesuai dengan kulit aku yang kurang putih ni, kadang-kadang rasa macam 'Lembaga Hitam' jee. Ramai orang cakap , orang yang kurang putih bila pakai barang kemas maka akan teserlah lah kehitaman diri mereka. haha peeaacee (Y) .Tapi dalam tak suka , bila orang bagi aku Emas , aku ambil jee,sebab kalau tak nak pakai pun, bila susah-susah nanti boleh buat gadai ke , jual ke . haha! 

Kalau mengikut falsafah melayu 'sekasar mana seorang wanita itu, akan lembut dengan perhiasan' nampak tak aku reka sendiri falsafah sendiri. haha =D. Tapi SirajAzman tak akan pernah lembut dengan Emas =P .
Tapi kalau kahwin ke bertunang ke, paling kurang pun SirajAzman nak Dua Cincin EMAS, Dua Cincin EmasPUTIH (Y). *Sungguh Tamak !

Cincin macam ni selalunya orang buat bertunang je. "cincin belah rotan" nama nya =)
HAA! cincin ni sweet gila lah, boleh sambung2 ,sesuai lah buat "Wedding Ring" =)
RM 14000 =O

Cincin Emas Putih, ha ni untuk bertunang juga. Simple tapi memang Adore gila cincin macam ni =)

OMG !OMG! OMG! memang gila lah cincin ni,  kalau lah cincin ni ada dekat aku, memang dia lah dunia aku. hahaha!Takdelah mahal sangat, adalah dalam RM 12000 =) hahaha (Y). Okaylah ni, nak anak dara orang kena lah bekorban "sikit" haaha.

Okaylah, siraj nak bagi Advice sikit, kalau nak kahwin atau bertunang takpayah lah beli cincin yang mahal tahap dewa dewi , beli mengikut tahap kemampuan pasangan kita je, tapi kalau besar kemampuannya pilih lah yang mahal-mahal sikit,hehe , kepada yang berkemampuan rendah tu jangan lah paksa-paksa supaya beli yang mahal-mahal, nanti nak hidup di masa hadapan, hidup dengan Hutang Cincin je. hehe.

Okaylah dah tak tahan dah cerita pasal cincin ni.Sampai sini jelah saya berhenti yee. =)

*Cintailah pasangan anda,Fahamilah pasangan anda,Sayanglah pasangan anda.

Asalammualaikum =)

Sunday 15 January 2012

Kepercyaaan !

Asalammualaikum! 

Tulis blog ditengah-tengah malam,duduk pula bawah kipas yang berpusing dengan laju untuk menyejukkan diri ini memang terasa dan terserlah keselesaannya (Y). Biasalah malam-malam minggu ini semua orang tidur lambat , lagi-lagi 'REMAJA' macam aku ni, kepada remaja yang suka tidur awal memang sia-sia lah usia remaja anda.hehe. 

Okay,See my Title for tonight. Em sebenarnya aku sedih sebab aku rasa sekarang ini macam ramai yang tak percaya aku. Aku tak buat salah pun, orang cakap aku buat salah and yang paling teruk bila aku cakap aku tak tahu yang aku buat salah , orang kata aku buat-buat tak tahu.Aku tahulah kadang-kadang aku ni 'lembab' sikit sebab aku tak perasan kalau aku buat salah. Bukan tak hiraukan perasaan orang,cuma kadang-kadang aku tak tahu benda yang aku buat tu akan menyakitkan hati orang dan boleh menyebabkan orang berfikiran negative terhadap aku.

Em aku takdelah cakap aku baik, tapi sekurang-kurangnya bagilah aku ruang untuk terangkan cerita yang sebenar dan kalau taknak percaya aku sangat, just bagi aku 'defend' diri aku ni. Ini tak, semua tuduh aku sampai *** aku sendiri pun tak percaya aku. Its okay lah , mungkin sebab aku kawan dengan budak-budak yang orang lain anggap sosial dan boleh terhegeh-hegeh dengan mudah dan senangnya dekat lelaki even kawan lelaki sendiri pun boleh cakap benda yang tak sepatutnya lelaki dan perempuan bercakap.Tapi aku kalau berkawan dengan 'PerempuanMurah' sekali pun, aku takkan ikut macam dia, sebab aku tahu diri aku dan aku tahu ape yang betul dan ape yang salah. 

 Ayah aku pernah cakap dekat aku, dimana pekara yang paling susah untuk kita dapat adalah 'Kepercayaan' seseorang itu *Rindu gila dekat ayah. Tapi walaubagaimanapun jangan disebabkan orang tidak percayakan kita, kita jadikan alasan untuk kita tidak percya kepada diri kita.(nampak tak ayah aku hebat berkata-kata)hehe.Em aku tak kisah lah ape orang nak cakap. Terpulanglah selagi mereka belum puas, biarlah Allah yang menetukan, actly banyak lagi benda penting nak aku fikirkan ='P.

Aku nak mintak maaf kepada yang taknak langsung percaya aku tu. Terima kasih banyak-banyak sebab dah banyak berjasa dengan aku. Haaa. ayah aku cakap jangan banyak termakan budi orang nanti susah. Aku jadi macam ni sebab tak ikot cakap ayah akulah. haha.Okaylah sedih betul tulis post ni. =')

Kepada yang baca post aku kali ini, Saya ingin meminta maaf juga yee kalau saya ada buat awook semua marah atau tidak puas hati dengan saya dan kalau ada itu semua ada Saya Tidak Berniat Langsung.

Terima kasih sebab percaya nak baca post saya kali ini =')

Asalammualaikum =)

Wednesday 11 January 2012

Kurniaan Tuhan untuk Saya =)

Asalammualaikum!

Waaaaaaaaah see my title,actually bersyukur dengan kurniaan tuhan kerana anugerahkan saya tiga orang adik-beradik yang sangat SWEET !!!

Emm, aku bersyukur sangat sebab adik-beradik aku sangat rapat each other! Tipu lah kalau aku cakap tak pernah gaduh, kami kalau gaduh sampai pecah-pecah rumah tu. haha! tapi kami jarang gaduh lagi-lagi aku sebab aku BAIK! =P

Sebenarnya aku duduk tengok2 video and gambar adik-beradik aku ni haa, comel sangat and teringin nak share dengan awoookkk semua pasal adik-beradik saya (Y). Bukan aku yanng cakap kami ni rapat, ramai orang jelouse tengok kami empat orang ni. Semua pelik kenapa kitaorang boleh rapat and tak macam adik-beradik yang lain. Aku takde lah rasa ape-ape pun, tapi bila diorang cakap baru aku terasa. Aku kadang-kadang sedih tengok kawan-kawan aku yang cakap diorang nak adik-beradik macam aku, ini membuatkan aku rasa bersyukur dan hargai sangat abang-abang dan adik aku yang sorang tu..


 haha. Takde gambar lain lah. memory card lama aku dah hilang =)
Just ignore je yang korek hidung tu. Tak senonoh punya budak.! hahaha

Aku sayang abang-abang dan adik aku. Tak boleh hidup ooo tanpa diorang. Tanpa diorang hilanglah tawa dalam dirikku (nampak ayat jiwang) haha. Em kalau korang tanya macam mana kami boleh rapat ? aku tak tahu nak jawab ape, yang aku boleh cakap, mungkin kami sudah dilatih dari kecil rapat macam ni. Kami susah senang bersama. Hari ini abang-abang saya dah berjaya and jadi insan yang berguna kepada negara dan bangsa. haha(ayat propa) saya bangga dengan abang-abang saya .  

Aku cerita contoh kami hidup susah senang bersama :

*Rumah aku dulu kalau korang nak tahu ada pokok mangga, rambutan, nangka, mata kucing dan sabagainya. hehe , buah durian je takde =) . Disebabkan rumah aku banyak buah lagi-lagi musim buah. Kitaorang xdelah teruk sangat makan sampai muntah-muntah, haha. So untuk mengelak dari makan sampai muntah , Kami empat orang kumpul buah banyak-banyak, lepastu Buka satu meja , sediakan Penimbang, dan Kami JUAL BUAH DEPAN RUMAH  :)
Alhamdulillah buah-buah yang kami jual LAKU! 

*Disebabkan kami pernah jual buah maka semangat ingin buat bisnus semakin meningkat. Ada satu masa aku dan keluarga mengalami masalah kewangan yang agak CRATICAL! So kami mana boleh tengok ayah dan umi susah payah dua orang je. Jadi kami empat beradik yang bersatu padu ini membuka satu bisnus iaitu 
MAS BURGER. 
HAAA !eh mestilah laku juga burger kami ni, siap ada pelanggan tetap , orang datang cakap 
'dik macam biasa' aku dengan abang aku pun kadang-kadang tersilap and terpaksalah tanya. hehe.  eh lupa puloooooook! abang-abang saya tukang masak, saya tukang bungkus *jangan pandang rendah dekat saya.Oh adik aku boss, jaga duit (Y)

*Tu kalau bisnus, kami adik-beradik kalau nak beli sesuatu, mana ada minta terus dekat umi dan ayah, kami berusaha sendiri, dengan cara CARI TIN DAN JUAL TIN, banyaaaakkk ooo dapat. 
(nampak tak kteorang tak reti duduk rumah) hehe. tapi melakukan aktiviti berfaedah. Kami buat ni sama-sama tawuuk. Duit yang dapat nanti kami bagi sama rata , kalau ada lebih ktorang masukkan dalam tabung sebab Umi ajar menabung dari kecil =)

HAAAA ! banyak lagi kami buat masa dulu. Sekarang semua dah dewasa =)


Takde lah dewasa sangat, aku dengan si scha ni stiil under age okay, yang pertama dari kiri Abang yang banyak membimbing adik-adiknya supaya menjadi seorang remaja yang berguna,
Muhammad Azraf Shah bin Azman Shah a.k.a abang acab saya sangat garang dan kami semua takut apabila dia SERIUS =O.. Walaupun abang saya ni kuat marah, tapi kalau dia marah and adik dia menangis, mesti dia senyap, sebab tak boleh tahan dengan air mata adik. Dia juga CHEF kami , dia masak memang terbaik, Maggi boleh jadi Mee Hotel Five Star. hehe 

Yang kedua tu saya. TUUUUUUT! buat ape nak cerita pasal aku. haha. Yang ketiga my sister, 
Nur Aishah Afiqah Binti Azman Shah nama glamour Scha *konon-konon artis. Dia ni je yanng sekolah sekarang ni, haha. Dia paling kecil tapi dia lah yang paling susah jaga, macam-macam ragam budak kecik ni. Tapi dia seorang adik yang dengar cakap, melawan sikit-sikir adatlah. Ha dia ni kalau bab online memang ketagih gila lah , so aku dengan abang-abang tengah kawal dia dari online. Lagi satu , umur dah form 4 tapi perangai macam budak 'kurang pandai' , tapi aku bersyukur juga lah sebab dia tak macam budak-budak zaman sekarang yang 'terlebih pandai' faham lah maksud aku ape. haha.

HA! yang last tu, gambar lain sikit tu, abang kedua aku Muhamad Afiq Muiz Bin Azman Shah. Dia seorang abang yang sangat slow dan cool. haha. Tapi kalau dia naik angin, macam bom ooooo!! haha. Dia ni seorang yang sangat-sangat caring dan sharing. =) . Tapi aku menjirap dia ni suka buat sepah , bukan aku jee, umi pun tak boleh tahan dengan dia punya bersepah. haha.

*Persamaan yang paling ketara antara kami adik-beradik ialah kami semua 
SEORANG YANG SANGAT SENSITIVE so berhati-hatilah dengan kami. Paling teruk aku lah, kalau tengok orang menangis pun aku boleh join sekali nangis walaupun aku tak tahu kenapa dia nangis, aku cuba buang tabiat ni, tapi tak boleh. haha. =)

Okaylah. aku rasa post kali ni paling panjang (Y) ni pun baru sikit aku cerita.hehe
#saya berhenti setakat ini sahaja yee. 

*Kepada anda semua diluar sana, Sayangilah adik-beradik anda , kerana kasih sayang dalam adik beradik tak akan kita dapat walaupun dari ibu bapa kita sendiri. #FACT

Terima kasih kerana sudi membaca me and my sibling ni =)

Asalammualaikum =)

Sunday 8 January 2012

Diva ke ?

Asalammualaikum!

Helloooo! adik-adik, akak-akak, abang-abang, dan sewaktu dengannyalah !
Pertama sekali (ayat baku) aku bengang, marah, sakit hati, jelouse,tidak puas hati, sebab all my sibling keluar have fun,berseronok,mabuk-mabuk sikit(ni tipu),gelak ketawa dekat luar hari ini, and aku duduk  rumah je dengan umi sebab aku tak sihat sangat hari ini, kalau sakit sikit-sikit aku dah keluar dah. Tapi ni selsema stok keluar 'hingus' 24 jam. HAHA okay sorry pengotor.

Okay-okay back to story! sebenarnya kalau tengok blog aku pada 8/1/2012 aku letak gambar dekat 'header' blog ni. Sebab hari ini aku buka kebanyakan blog semua ada gambar dekat header ni, so aku pun nak try lah letak juga =)
Tapi jangan risau , ini semua sementara sahaja, akan saya delete yee nanti.Saya ni suka ikut mood kalau buat blog ni. Kesian blog aku ni. =P

Okay lah, kalau tengok gambar aku ni, Kepada yang cakap lawa ,cantik,manis,pretty,sweet,hebat,awesome,dan sepesis dengannya saya ucapkan terima kasih sangat! HAHA (perasan gila)
Kepada yang tak suka,jijik,hina,menyampah,mengumpat,meluat dan seteruk dengannya. Saya ucapkan terima kasihm juga. HAHA
(bajet suci)

Okay lah !terima kasih kerana  membaca post kali ini yee. Post kali ini macam takde isi kan ? hahahhaha!
 Anoyying gila post ni. Tapi takpelah! layan jelah yee.

Asalammualaikum =)

lepas satu stage =)

Asalammualaikum averybody! Tonight i very-very not felling well, becouse i demam and selsema.
but! why i still want write one post? becouseee...... like normal lah, i cannot sleep and i want to share some-some story!hehe.
Firtsly!! i very happy becouse the post yang bertajuk 'Siraj nak Besuara sikit (amalina che bakri)' dah buat blog siraj cecah 1089 orang tengook! waaaah hebat. saya bangga dengan diri saya. hehe! alah tahu lah blog korang lagi ramai, bagilah siraj happy sikit =)

Okay thats all iklan only.Back to story, haha.
okay sebenarnya kalau tengok balik dekat tajuk tu saya nak bagitahu yang saya dah lepas satu stage untuk lulus lesen. Stage yang pasti semua tidak gemarinya,iaitu MENDENGAR CERAMAH! fuhhhhh! duduk 5 JAM dalam dewan ceramah, haaa sebenarnya tak berapa nak dewan sebenarnye, macam bilik jee, dah lah sempit, kerusi plastik warung mamak, aircond tak rasa, ramai orang. Mula-mula dari luar aku ingat TANDAS! 
(serius aku tak reka cerita BETULL) em, tapi nak buat macam mana , terpaksa lah masuk ,dengar dan faham ape yang pakcik tu ceramah kan! 

Alhamdulillah abang-abang saya yang comel temankan. Thanks to abang Azrafshah and Afiqmuiz, aku rasa kitaorang memang SWEET SIBLING lah dekat tempat tu.(Y) tapi kitaorang memang sweet pun =P

Em semoga dapat lah meneruskan buat lesen ni sampai habis, Tapi dari balik tadi, aku tak sentuh buku Lesen tu langsung pun. Nampak PEMALAS kat situ. Tapi akan ku baca !! Jangan risau. 
Siraj GENIUS(orang cakap) akan lulus dengan cemerlang,gemilang dan terbilang dalam pengambilan lesen =)

Okaylah, i very-very(bhs iggeris ada 'kata ganda) nampak tak propa kat situ. haha. Sebenarnya aku mengantuk sangat ni. Sorry lah kalau cerita ni BOSAN! haha. Ape-ape pun korang dah baca sampai nak habis (Y) hebak(Y) haaha! 

 Terima kasih kerana sudi membaca . 
PEEEAACCCEEE (Y)

BERHATI-BERHATI di jaalan raya, Sayangilah nyawa anda! 

'Mereka tidak tahu yang kita sayangkan mereka' HAHAHAH!


Asalammualaikum =)

Thursday 5 January 2012

Siraj nak Besuara sikit (amalina che bakri)

 Asalammualaikum! 

Dua tiga hari ini semua orang sibuk tulis blog pasal amalina, amalina, amalina PFFTTTT!!!
aku buka Youtube, AMALINA, aku buka Facebook, AMALINA , aku buka Twitter , AMALINA, sampai aku buka blog and nak lari dari cerita AMALINA , tapiii aku jumpa cerita about AMALINA lagi.. So di sebabkan aku tak puas hati, marah, sakit hati dan benda ni menyebabkan aku terjebak untuk menulis cerita pasl dia juga!

Emm, aku tidak lah masuk mana-mana pihak . Tidak kira pihak pembakang(yang kutuk dan gunakan bhs kasar) atau pihak Pembahas(yang beri coment2 yang membina)
em  , aku cakap macam ni sebab orang-orang melayu kita kalau seseorang itu Dari BAIK berubah ke yang Tidak BAIK mesti terus maki hamun, caci dan sewaktu dengannya! bukan nak siasat dan memberikan coment-coment yang membina seseorang itu supaya menjadi lebih baik dan kalau orang-orang yang bagi coment negative tu , itu semua boleh mengundang stress kepada orang yang dicaci itu dan ini mungkin akan menyebabkan pekara-pekara yang tidak di ingini berlaku, contohnya jika kita lihat balik, Amalina adalah salah satunya Harapan negara kita , jika kita buang dia dan hina dia macam-macam ,sudah bersedia ke kita nak kehilangan dia, jika dia tidak mahu pulang semula ke Malaysia dan dia lebih memilih untuk Berkhidmat Di NEGARA ORANG LAIN. Sampai bila negara kita sendiri nak 'NAIK' kalau buang semua genarasi-genarasi yang menjadi tiang negara ni.

Jangan membenci AMALINA kerana dia 'SEKSI' dan bercinta dengan "MAT SALLEH" kerana di negara malaysia sendiri, kalau kita jalan-jalan , kita boleh nampak 'Anak-anak Dara' yangn berjalan dengan baju yang tidak cukup kain ,ada juga yang bercinta dengan 'mat salleh' yang lebih teruk dengan 'black man' malah ada yang bercinta sesama jenis pun banyak di negara kita ini , kenapa kita buat tak tahu je dekat mereka ni?  sebab kita tak kenal  kan ? so kita pun tidak mengenali THE REAL AMALINA cuma keluarga  dan diri dia sendiri jee yang tahu pekara yang Sebenar atau dengan lebih tepat
ALLAH MAHA MENGETAHUI (Y)

Siapalah kita seorang manusia hendak menghukum manusia lain, sungguh TIDAK LAYAK! 
 Siraj bukan lah nak tunjuk baik, cuma nak perbetulkan apa yang siraj rasa tidak patut dan siraj kurang setuju =)

Okaylah siraj bagi satu contoh amalina dicaci yee... :


kalau tak nak di AIB kan kenapa buat..?? buat malu je..
cermin sikit diri tu.. kalau cantik tak apa jugak...
selalunya org yg kurang cantik ni suke pakai tak cukup kain sebab nk expose..
dh seksi baru org nk pandang.. kalau x seksi muka pon tak cantik sapa nk pandang?? 

eh kau balik malaysia..jangan lupa datang jumpa aku... 
aku bagi rasa  batang melayu??
lidah dah keras asyik isap batang pakwe mat salleh. (pfttttt ape ni) BODOH!!!
(ni coment-coment dari YOUTUBE)


Banyak lagi! aku taknak rosak kan blog aku ni dengan kata-kata diorang yang TIDAK BERMORAL sama sekali!

Siraj harap kita tidak kehilangan Amalina Che Bakri. Kepada amalina be strong (Y)
tak semua orang benci anda =)

Asalammualaikum =)










Wednesday 4 January 2012

Cerita 2011

Asalammualaikuum everybody! Today i bangun very early morning , you know why ? becouse my sister firtsday go to school today, so she very excited and make everybody wakeup. HAHA !
(takpayah nak speaking sangatlahkan)

Okay!  back to normal !!! sebenarnya post kali ni aku nak cerita benda-benda yang gembira and tak dapat  
dilupakan sepanjang tahun 2011 and HAPPY NEW YEAR (lambatkan) haha

Ada satu malam aku duduk-duduk dengan Umi aku atas kaltil, eh aku tak tidur sekali okay,duduk jee borak-borak. hehe. Tiba-tiba like Suddenly umi tanya aku
"kak. ape pekara yang gembira sepanjang tahun 2011?'

Dengan bermulanya soalan cepu mas ni , aku pun mula memerah otak aku ni dan fikir ape pekara yang gembira terjadi tahun 2011 aku ? penuh dengan persoalan! (buntu seketika) tapi aku tabah. dan terus memikirkannya, dan aku dapat fikir and sebenarnya banyak peristiwa gembira yang berlaku sepanjang tahun 2011 tapi aku tak kata takde benda sedih berlaku, tapi benda sedih jangan dikenang, memakan diri ,cuma kita kena ambilnya sebagai pengajaran dalam hidup je =)

Kalau nak cerita benda gembira memang banyaklah kan. 
Sebenarnya aku buka Facebook dan tengok-tengok album profile picture aku, then ada gambar masa hari GRADUASI!! terus aku rasa macam nak masukkan gambar kat blog ni haa. haha! (tak kelakar pun) 

Masa hari Graduasi ni adalah salah satu benda yang gembiralah berlaku 2011, sebab aku terpilih terus untuk ke hari graduasi ni, takpayah nak mohon-mohon bagai. Sekolah aku jee (i mean ex sekolah) yang pilih murid untuk ke hari graduasi sebab tu aku bersyukur sangat, tapi ada yang pandang remeh jee hari graduasi ni , tapi bagi aku, ianya terjadi atas usaha aku sendiri so ianya amat bermakna ! =P

Ini lah muka saya masa HARI GRADUASI


ni muka excited =D
Ya Allah Cantiknya! HAHAHAH!


YEAAAAHHHH! 
Hello saya anak Azman Shah Dan Hasliza Muhd sebab tu saya comel =) 

Okay itu baru hari Graduasi, banyak lagi pekara-pekara yang happy yang berlaku. HAAAA!!! 
_________________________________________________________________________
Masa hari jadi or masa my birthday aku dapat hadiah yang istemewa dari umi dan abang aku.Buat kali pertamanya umi belikan KEK BARBIE untuk saya . HAHA! 
jap aku rasa aku ada gambar kek tu.

Ha ni je , gambar dekat kek takde lah, memory card aku hilang! haha
thanks umi sebab kek ini =)

Hye . saya adik abang. haha! Abang ku ni kasi hadiah AWARD!!
THE BEST SISTER AWARDS =)
haaa! aku bukan nak cakap ape lah, korang ada hadiah macamtu? (bongkak)
Thanks too afiq! 
___________________________________________________________________
Banyak lagi aku masuk kan gambar jelah , penatlah nak cerita banyak2. hahaha! 




Masa ni balik KELANTAN dengan sepupu dan makcik pakcik kesayangan , Best masa ni , jadi jakun sekejap tangkap2 gambar dekat tepi sawah . Memamng memorible gila lah =)
___________________________________________________________________

CAK ! haaaa..... ni saya cuba-cuba untuk pakai tudung . InsyALLAH! saya akan =) 
Ini pun gembira lah =D
_____________________________________________________________________
 HA ! ni masa SPM! 
tepi dewan ,tengok muka aku rileks jee nak jawab SPM! hahahah ! orang cakap jika anda tenang maka akan datanglah ketenangan! HAHA 
________________________________________________________________________
 Ini THE BEST LAH! KAMI DAH HABIS SPM AND DAH HABIS SEKOLAH =)

Saya sayang budak kelas saya ! 
PEEEAAACEEE (Y)
      

aku ni takdelah popular mana pun dekat sekolah, tapi ramai lah juga minta tanda tangan . HAHAHA! (Y)
_________________________________________________________________________________

eh3! hahahaha !masa ni bulan puasa saya keluar, alhamdulillah saya tak keluar duit untuk buka puasa masa ni,. Kerana si kurus ni belanja saya. HAHA (gelak jahat). Aku sebenarnya nak letak gambar lain tapi xde, sebab gambar ni teserlah pendek aku, pastu dua-dua dahi luas . TAK SENONOH!! haha 
okay habis . 
______________________________________________________________________
Ape yang aku cerita dekat korang ni, ni jugalah aku bagitahu Umi aku tawuk =)
so umi saya orang pertama yang tahu =D

Em banyak benda happy yang jadi , aku ada banyak cerita happy Tapi aku takde Gambarnya, haha
Tak bestlah cerita jee memanjang tapi gambar xdooook! BOSAN =_='
__________________________________________________________________

Okay lah aku rasa aku berhenti setakat ni jelah yee =)  
And aku rasa dah lambat dah kalau aku nak wish Happy New Year Tapi ada aku kisah! 

HAPPY NEW YEAR EVERYONE !!!\

Jika ada salah dan silap siraj yang buat dekat semua, siraj minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut
(macam hari raya lah puloook)

Jika ada pekara-pekara sedih yang berlaku sepanjang tahun 2011 jangan lah difikir-fikirkan lagi yee, kerana tak have fun lah hidup kalau tiada sedih langsung, happy 24 jam pun boleh jadi GILA! so ambil yang sedih-sedih ni sebagai pembakar semangat atau jadikannya sebagai moral support kita untuk kita melangakah lebih maju dan berjaya agar mencapai kejayaan yang kita tempuhi! HAHA (SEMANGAT)

SO SAY BYE BYE TOO 2011 AND SAY HYE TOO 
2012 

*semoga apa yang kita lakukan sentiansa Allah bersama kita . AMIINN! 
 Terima kasih kerana baca post kali ini =)

Asalammualaikum =)

Tuesday 3 January 2012

rindu cousin saya ni =)


Asalamualaikum! post hari ini about my cousin, kenapa aku update pasal dia ? sebab hari ini tiba-tiba rasa rindu dekat 'Cik Abby' saya ni hehe. Saya dan dia sama umur tapi saya nampak lagi matang dari dia ,sebab ape ? sebab saya lagi tinggi dari awook.HAHA(gelak jahat)

Kami baru je habis SPM , Alhamdulillah kami datang semua paper , takde yang tak hadir okay, masa dalam belengu Spm hari tu , dia banyak tolong aku dalam pelajaran , memang tidak dinafikan dia seorang yang rajin belajar dan seorang yang pandai ,kalau nak bandingkan dengan aku yang pemalas ni haha. Walaupun dia seorang yang pandai dan berilmu tapi dia tak pernah kedekut untuk kongsi dengan aku .Thank ipah Loveyouu!

Aku nak bagitahu satu rahsia , masa sebelum Spm aku ada belajar Math dengan dia, tajuk yang susaah2 juga lah, masa jawab math dalam dewan Spm semuanya berjalan dengan lancar walaupun aku pecah kepala,putus urat semua lah buat math tu . SUSAH! Thanks iffah =)

Oh yee , nama sebenar dia NurHafifah Binti Muhd Halid, tapi nama pangilan atau nama Glamour bukan main banyak lagi , aku pun kadang-kadang syukil apa nama sebenar dia , sampai kadang-kadang tu aku lupa lah nama sebenarr dia. HAHA 

nama-nama glamour dia :
*peep(gelaran kawan2 sekolah)
*cik abby(gelaran anak2 sedara)
*iffah(gelaran orang2 baru kenal)
*hafifah(gelaran sape ntah,aku lupa) haha
kalau tak silap aku ni jelah nama glamour dia , tapi aku rasa banyak lagi ni, aku je tak tahu.

Tapi nama aku lah paling special untuk dia , aku kasi nama IPAH untuk dia , dia tak suka aku panggil nama ni, tapi ada aku kisah ? haha
mula-mula je dia marah lama-lama dia PASRAH dan REDHA jee dengan nama ni . HAHAHA!\

Apa-apa pun yang terjadi dia tetap cousin aku yang TERBAIK!! Tiada pengganti untuk dirinya. Waaaaaaaaaaaaaaah! macam bercinta kau nyah. haha! 

HA jap aku uplode gambar cik molek ni jap.



 Masa ni aku paksa dia posing , dia ni suka bergambar, aku pun kadang-kadang rasa macam nak buang je Camera aku kalau dia suruh ambil gambar dia. Sebab banyak sangat. haha


 Alololololo!! omey nyee iooooo!! haha
Suka aku gambar ni, so cute you know! haha dia makin comel semenjak pakai tudung ni, aku ingat kata-kata dia "siraj aku rasa macam bertambah keyakinan diri selepas aku pakai tudung ni"
Alhamdulillah. Aku doa yang terbaik untuk kau <3


Okay! gambar ni. hahaahhahah! mucung mu membuatkan diriku tidak keruan! HAHAA! 
jangan marah yee ambo masuk gambo mu neh deh. hahaha !
comel =)

Okay itu saja lah pasal cousin aku yang comel2 ni . 

Terima kasih sudi baca, dan doa kan kami mendapat keputusan yang cemerlang yee untuk SPM kami =)
\
Asalammualaikum =)


Sunday 1 January 2012

Allah maha besar (alhamdulillah)

Asalammualaikum kepada semua yang baca post kali ini =)

Sudah lama siraj tak update blog ni,maaflah yee kerana dua tiga hari ini siraj berada dalam keadaan yang tidak bergitu sihat kerana terlibat dalam kemalangan yang meninggalkan kesan yang besar kepada diri siraj dan keluarga.

Kepada yang sudah tahu siraj mengalami kemalangan pada 28.12.2011di Tapah.Perak dan mengambil berat tentang kesihatan siraj, siraj mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengingati dan mendoakan kesihatan yang baik untuk siraj.Alhamdulillah Allah memberi kesihatan yang baik semula =)

Kepada yang tidak mengetahui bagaimana siraj boleh terlibat dalam kemalangan ini jangan sedih siraj cerita sekarang.hehe

*Sebenarnya saya,adik,ayah dan sepupu hendak pergi ke Pulau pinang untuk berholiday sempena cuti-cuti sekolah ni.

Pada tarikh 28.12.2011 awal-awal pagi lagi siraj dan adik bersemangat bangun untuk bersiap,selepas kami sudah bersiap dah berangan-angan depan cermin konon-konon kami cantik,kami pun tunggulah ayah untuk ambil kami di rumah,semasa menunggu ayah,tiba-tiba scha mengatakan yang dia tidak sedap hati dengan perjalanan yang akan kami jalani nanti,banyak kali juga lah dia cakap yang dia tidak sedap hati tapi aku buat bodoh jee dengan ketidak sedapan hati dia tu.
Tepat pukul 11.15 baru ayah sampai dan kami pun menruskan perjalanan kami ke pulau pinang,seperti perjalanan percutian biasa kami bergembira ,gelak-gelak,makan-makan,dengar lagu tetapi wajah scha tidak seceria seperti biasa,wajah scha seperti ingin menyembunyikan perasaan tidak sedap hatinya. Contoh ,selalunya kalau aku nak ambil gambar dia,dia mesti tersenyum sampai nampak gusi semua tapi ni gambar semasa dia dalam keadaan tidak sedap hati.


ini lah wajah scha sebelum kemalangan berlaku, gambar ini sahaja yang sempat aku ambil sebelum kemalangan berlaku,wajah scha seperti ingin memberitahu kami sesuatu tapi takut untuk mengtakan kerana takut  menjadi kenyataan.

Selepas beberapa minit gambar ini diambil,tiba-tiba datangnya sebuah motor yang ditunggang oleh seorang apek tua tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan,kerana ingin megelak dari melanggar apek itu,ayah terus mengambil langkah menekan brek dengan dan semasa inilah kereta kami hilang kawalan dan nasib tidak membelahi kami,kereta kami terjunam dalam parit yang dalam nye sedalam 7 kaki,ini lah parit tersebut,


Semasa dalam parit ini adalah peristiwa yang tidak akan aku lupakan buat selamanya, dimana kepala aku tercucuk dengan serpihan cermin tingkap kereta kami dan mengalami pendarahan yang banyak aku sempat tengok parit ini semasa dalam kemalangan tersebut,selepas beberapa minit aku mula pengsan dan aku tersedar apabila aku dalam ambulans,Alhamdulillah ambulans datang dengan cepat.

Dalam parit ini juga berlaku peristiwa yang tidak dapat adik aku lupakan selama-lamanya kerana semasa aku mengalami penderahan yang banyak aku masih mencari adik aku yang sorang ni,mana tak nya aku tak nampak dia sebelah aku aku carilah dan sebab paling ketara ialah aku takut kehilangan dia sebab aku sayang dia lebih dari nyawa aku sendiri.

Selepas kami sekeluarga selamat dikeluarkan dari parit ini , kami sekeluarga di bawakan ke hospital Tapah Perak, dan diberikan rawatan,Alhamdulillah semuanya okay dan berada dalam keadaan stabil kecuali aku yang terpaksa ditahan di wad selama sehari kerana aku telah banyak kehilangan darah.

Semasa di hospital terima kasih kepada yang datang melawat.Terima kasih kepada k.lang dan keluarga yang datang,kepada teh dan k.yani,keluarga belah ayah .

Terima kasih juga kepada Ahmad Nur Affendee kerana tiba-tiba muncul,tidak ku sangka dia datang melawat aku dengan membawa motor siap buat 'superman' katanya, bukan main laju dan cepat dia sampai.Sayang juga dia dekat aku. haha peeace(Y)

 Kepada kawan-kawan aku , kepala aku tidak berjahit cuma terkoyak dan doctor hanya gam semula kulit aku. terima kasih kepada kawan-kawan yang mesej dan datang melawat ,tidak lupa kepada kawan yang menulis blog shena rofizal sungguh sweet <3

Kemalangan ini banyak memberi impak kepada aku kerana selepas sahaja kemalangan ini , doctor mengesahkan aku hilang ingtan sementara dan alhamdulillah aku masih ingat orang-orang yang aku sayang terutama umi dan adik-beradikku! Selain hilang ingatan sementara, mata aku juga menjadi sedikit juling tetapi boleh baik, insyAllah!!

Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah masih izin kan aku untuk meneruskan hidup lagi.Bersyukur kepadaNya yang teramat sangat kerana memberi peluang kepada aku ='(

Terima kasih kerana sudi membaca !

Asalammualaikum ='(