Asalammualaikum kepada semua yang baca post kali ini =)
Sudah lama siraj tak update blog ni,maaflah yee kerana dua tiga hari ini siraj berada dalam keadaan yang tidak bergitu sihat kerana terlibat dalam kemalangan yang meninggalkan kesan yang besar kepada diri siraj dan keluarga.
Kepada yang sudah tahu siraj mengalami kemalangan pada 28.12.2011di Tapah.Perak dan mengambil berat tentang kesihatan siraj, siraj mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengingati dan mendoakan kesihatan yang baik untuk siraj.Alhamdulillah Allah memberi kesihatan yang baik semula =)
Sudah lama siraj tak update blog ni,maaflah yee kerana dua tiga hari ini siraj berada dalam keadaan yang tidak bergitu sihat kerana terlibat dalam kemalangan yang meninggalkan kesan yang besar kepada diri siraj dan keluarga.
Kepada yang sudah tahu siraj mengalami kemalangan pada 28.12.2011di Tapah.Perak dan mengambil berat tentang kesihatan siraj, siraj mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengingati dan mendoakan kesihatan yang baik untuk siraj.Alhamdulillah Allah memberi kesihatan yang baik semula =)
Kepada yang tidak mengetahui bagaimana siraj boleh terlibat dalam kemalangan ini jangan sedih siraj cerita sekarang.hehe
*Sebenarnya saya,adik,ayah dan sepupu hendak pergi ke Pulau pinang untuk berholiday sempena cuti-cuti sekolah ni.
Pada tarikh 28.12.2011 awal-awal pagi lagi siraj dan adik bersemangat bangun untuk bersiap,selepas kami sudah bersiap dah berangan-angan depan cermin konon-konon kami cantik,kami pun tunggulah ayah untuk ambil kami di rumah,semasa menunggu ayah,tiba-tiba scha mengatakan yang dia tidak sedap hati dengan perjalanan yang akan kami jalani nanti,banyak kali juga lah dia cakap yang dia tidak sedap hati tapi aku buat bodoh jee dengan ketidak sedapan hati dia tu.
Tepat pukul 11.15 baru ayah sampai dan kami pun menruskan perjalanan kami ke pulau pinang,seperti perjalanan percutian biasa kami bergembira ,gelak-gelak,makan-makan,dengar lagu tetapi wajah scha tidak seceria seperti biasa,wajah scha seperti ingin menyembunyikan perasaan tidak sedap hatinya. Contoh ,selalunya kalau aku nak ambil gambar dia,dia mesti tersenyum sampai nampak gusi semua tapi ni gambar semasa dia dalam keadaan tidak sedap hati.
ini lah wajah scha sebelum kemalangan berlaku, gambar ini sahaja yang sempat aku ambil sebelum kemalangan berlaku,wajah scha seperti ingin memberitahu kami sesuatu tapi takut untuk mengtakan kerana takut menjadi kenyataan.
Selepas beberapa minit gambar ini diambil,tiba-tiba datangnya sebuah motor yang ditunggang oleh seorang apek tua tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan,kerana ingin megelak dari melanggar apek itu,ayah terus mengambil langkah menekan brek dengan dan semasa inilah kereta kami hilang kawalan dan nasib tidak membelahi kami,kereta kami terjunam dalam parit yang dalam nye sedalam 7 kaki,ini lah parit tersebut,
Semasa dalam parit ini adalah peristiwa yang tidak akan aku lupakan buat selamanya, dimana kepala aku tercucuk dengan serpihan cermin tingkap kereta kami dan mengalami pendarahan yang banyak aku sempat tengok parit ini semasa dalam kemalangan tersebut,selepas beberapa minit aku mula pengsan dan aku tersedar apabila aku dalam ambulans,Alhamdulillah ambulans datang dengan cepat.
Dalam parit ini juga berlaku peristiwa yang tidak dapat adik aku lupakan selama-lamanya kerana semasa aku mengalami penderahan yang banyak aku masih mencari adik aku yang sorang ni,mana tak nya aku tak nampak dia sebelah aku aku carilah dan sebab paling ketara ialah aku takut kehilangan dia sebab aku sayang dia lebih dari nyawa aku sendiri.
Selepas kami sekeluarga selamat dikeluarkan dari parit ini , kami sekeluarga di bawakan ke hospital Tapah Perak, dan diberikan rawatan,Alhamdulillah semuanya okay dan berada dalam keadaan stabil kecuali aku yang terpaksa ditahan di wad selama sehari kerana aku telah banyak kehilangan darah.
Semasa di hospital terima kasih kepada yang datang melawat.Terima kasih kepada k.lang dan keluarga yang datang,kepada teh dan k.yani,keluarga belah ayah .
Terima kasih juga kepada Ahmad Nur Affendee kerana tiba-tiba muncul,tidak ku sangka dia datang melawat aku dengan membawa motor siap buat 'superman' katanya, bukan main laju dan cepat dia sampai.Sayang juga dia dekat aku. haha peeace(Y)
Kepada kawan-kawan aku , kepala aku tidak berjahit cuma terkoyak dan doctor hanya gam semula kulit aku. terima kasih kepada kawan-kawan yang mesej dan datang melawat ,tidak lupa kepada kawan yang menulis blog shena rofizal sungguh sweet <3
Kemalangan ini banyak memberi impak kepada aku kerana selepas sahaja kemalangan ini , doctor mengesahkan aku hilang ingtan sementara dan alhamdulillah aku masih ingat orang-orang yang aku sayang terutama umi dan adik-beradikku! Selain hilang ingatan sementara, mata aku juga menjadi sedikit juling tetapi boleh baik, insyAllah!!
Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah masih izin kan aku untuk meneruskan hidup lagi.Bersyukur kepadaNya yang teramat sangat kerana memberi peluang kepada aku ='(
Terima kasih kerana sudi membaca !
Asalammualaikum ='(
sedih gila aku baca post yang ni...bab paling sebak,kau cari adik kau.. :(
ReplyDeletehehe. tu memang sebak pun, adik aku siap nangis. haha. tapi thanks mira sebab tc pasal aku ! teharu aku <3
ReplyDeleteweyh,kalau dah nama kawan tu,kena la ambil tau dowh if something bad happen kat kawan kita.tapi sorry la,aku tak dapat datang rumah kau.mak aku cuti cuti sekolah pun busy pergi sekolah jugak.cakap kat scha,hargailah siraj.hehe <3 <3
ReplyDelete