Tuesday, 3 January 2012

rindu cousin saya ni =)


Asalamualaikum! post hari ini about my cousin, kenapa aku update pasal dia ? sebab hari ini tiba-tiba rasa rindu dekat 'Cik Abby' saya ni hehe. Saya dan dia sama umur tapi saya nampak lagi matang dari dia ,sebab ape ? sebab saya lagi tinggi dari awook.HAHA(gelak jahat)

Kami baru je habis SPM , Alhamdulillah kami datang semua paper , takde yang tak hadir okay, masa dalam belengu Spm hari tu , dia banyak tolong aku dalam pelajaran , memang tidak dinafikan dia seorang yang rajin belajar dan seorang yang pandai ,kalau nak bandingkan dengan aku yang pemalas ni haha. Walaupun dia seorang yang pandai dan berilmu tapi dia tak pernah kedekut untuk kongsi dengan aku .Thank ipah Loveyouu!

Aku nak bagitahu satu rahsia , masa sebelum Spm aku ada belajar Math dengan dia, tajuk yang susaah2 juga lah, masa jawab math dalam dewan Spm semuanya berjalan dengan lancar walaupun aku pecah kepala,putus urat semua lah buat math tu . SUSAH! Thanks iffah =)

Oh yee , nama sebenar dia NurHafifah Binti Muhd Halid, tapi nama pangilan atau nama Glamour bukan main banyak lagi , aku pun kadang-kadang syukil apa nama sebenar dia , sampai kadang-kadang tu aku lupa lah nama sebenarr dia. HAHA 

nama-nama glamour dia :
*peep(gelaran kawan2 sekolah)
*cik abby(gelaran anak2 sedara)
*iffah(gelaran orang2 baru kenal)
*hafifah(gelaran sape ntah,aku lupa) haha
kalau tak silap aku ni jelah nama glamour dia , tapi aku rasa banyak lagi ni, aku je tak tahu.

Tapi nama aku lah paling special untuk dia , aku kasi nama IPAH untuk dia , dia tak suka aku panggil nama ni, tapi ada aku kisah ? haha
mula-mula je dia marah lama-lama dia PASRAH dan REDHA jee dengan nama ni . HAHAHA!\

Apa-apa pun yang terjadi dia tetap cousin aku yang TERBAIK!! Tiada pengganti untuk dirinya. Waaaaaaaaaaaaaaah! macam bercinta kau nyah. haha! 

HA jap aku uplode gambar cik molek ni jap.



 Masa ni aku paksa dia posing , dia ni suka bergambar, aku pun kadang-kadang rasa macam nak buang je Camera aku kalau dia suruh ambil gambar dia. Sebab banyak sangat. haha


 Alololololo!! omey nyee iooooo!! haha
Suka aku gambar ni, so cute you know! haha dia makin comel semenjak pakai tudung ni, aku ingat kata-kata dia "siraj aku rasa macam bertambah keyakinan diri selepas aku pakai tudung ni"
Alhamdulillah. Aku doa yang terbaik untuk kau <3


Okay! gambar ni. hahaahhahah! mucung mu membuatkan diriku tidak keruan! HAHAA! 
jangan marah yee ambo masuk gambo mu neh deh. hahaha !
comel =)

Okay itu saja lah pasal cousin aku yang comel2 ni . 

Terima kasih sudi baca, dan doa kan kami mendapat keputusan yang cemerlang yee untuk SPM kami =)
\
Asalammualaikum =)


Sunday, 1 January 2012

Allah maha besar (alhamdulillah)

Asalammualaikum kepada semua yang baca post kali ini =)

Sudah lama siraj tak update blog ni,maaflah yee kerana dua tiga hari ini siraj berada dalam keadaan yang tidak bergitu sihat kerana terlibat dalam kemalangan yang meninggalkan kesan yang besar kepada diri siraj dan keluarga.

Kepada yang sudah tahu siraj mengalami kemalangan pada 28.12.2011di Tapah.Perak dan mengambil berat tentang kesihatan siraj, siraj mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengingati dan mendoakan kesihatan yang baik untuk siraj.Alhamdulillah Allah memberi kesihatan yang baik semula =)

Kepada yang tidak mengetahui bagaimana siraj boleh terlibat dalam kemalangan ini jangan sedih siraj cerita sekarang.hehe

*Sebenarnya saya,adik,ayah dan sepupu hendak pergi ke Pulau pinang untuk berholiday sempena cuti-cuti sekolah ni.

Pada tarikh 28.12.2011 awal-awal pagi lagi siraj dan adik bersemangat bangun untuk bersiap,selepas kami sudah bersiap dah berangan-angan depan cermin konon-konon kami cantik,kami pun tunggulah ayah untuk ambil kami di rumah,semasa menunggu ayah,tiba-tiba scha mengatakan yang dia tidak sedap hati dengan perjalanan yang akan kami jalani nanti,banyak kali juga lah dia cakap yang dia tidak sedap hati tapi aku buat bodoh jee dengan ketidak sedapan hati dia tu.
Tepat pukul 11.15 baru ayah sampai dan kami pun menruskan perjalanan kami ke pulau pinang,seperti perjalanan percutian biasa kami bergembira ,gelak-gelak,makan-makan,dengar lagu tetapi wajah scha tidak seceria seperti biasa,wajah scha seperti ingin menyembunyikan perasaan tidak sedap hatinya. Contoh ,selalunya kalau aku nak ambil gambar dia,dia mesti tersenyum sampai nampak gusi semua tapi ni gambar semasa dia dalam keadaan tidak sedap hati.


ini lah wajah scha sebelum kemalangan berlaku, gambar ini sahaja yang sempat aku ambil sebelum kemalangan berlaku,wajah scha seperti ingin memberitahu kami sesuatu tapi takut untuk mengtakan kerana takut  menjadi kenyataan.

Selepas beberapa minit gambar ini diambil,tiba-tiba datangnya sebuah motor yang ditunggang oleh seorang apek tua tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan,kerana ingin megelak dari melanggar apek itu,ayah terus mengambil langkah menekan brek dengan dan semasa inilah kereta kami hilang kawalan dan nasib tidak membelahi kami,kereta kami terjunam dalam parit yang dalam nye sedalam 7 kaki,ini lah parit tersebut,


Semasa dalam parit ini adalah peristiwa yang tidak akan aku lupakan buat selamanya, dimana kepala aku tercucuk dengan serpihan cermin tingkap kereta kami dan mengalami pendarahan yang banyak aku sempat tengok parit ini semasa dalam kemalangan tersebut,selepas beberapa minit aku mula pengsan dan aku tersedar apabila aku dalam ambulans,Alhamdulillah ambulans datang dengan cepat.

Dalam parit ini juga berlaku peristiwa yang tidak dapat adik aku lupakan selama-lamanya kerana semasa aku mengalami penderahan yang banyak aku masih mencari adik aku yang sorang ni,mana tak nya aku tak nampak dia sebelah aku aku carilah dan sebab paling ketara ialah aku takut kehilangan dia sebab aku sayang dia lebih dari nyawa aku sendiri.

Selepas kami sekeluarga selamat dikeluarkan dari parit ini , kami sekeluarga di bawakan ke hospital Tapah Perak, dan diberikan rawatan,Alhamdulillah semuanya okay dan berada dalam keadaan stabil kecuali aku yang terpaksa ditahan di wad selama sehari kerana aku telah banyak kehilangan darah.

Semasa di hospital terima kasih kepada yang datang melawat.Terima kasih kepada k.lang dan keluarga yang datang,kepada teh dan k.yani,keluarga belah ayah .

Terima kasih juga kepada Ahmad Nur Affendee kerana tiba-tiba muncul,tidak ku sangka dia datang melawat aku dengan membawa motor siap buat 'superman' katanya, bukan main laju dan cepat dia sampai.Sayang juga dia dekat aku. haha peeace(Y)

 Kepada kawan-kawan aku , kepala aku tidak berjahit cuma terkoyak dan doctor hanya gam semula kulit aku. terima kasih kepada kawan-kawan yang mesej dan datang melawat ,tidak lupa kepada kawan yang menulis blog shena rofizal sungguh sweet <3

Kemalangan ini banyak memberi impak kepada aku kerana selepas sahaja kemalangan ini , doctor mengesahkan aku hilang ingtan sementara dan alhamdulillah aku masih ingat orang-orang yang aku sayang terutama umi dan adik-beradikku! Selain hilang ingatan sementara, mata aku juga menjadi sedikit juling tetapi boleh baik, insyAllah!!

Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah masih izin kan aku untuk meneruskan hidup lagi.Bersyukur kepadaNya yang teramat sangat kerana memberi peluang kepada aku ='(

Terima kasih kerana sudi membaca !

Asalammualaikum ='(

Monday, 26 December 2011


What are words!


anywhere you are i am near.
anywhere you go i'll be there.
anytime you whisper my name.
you'll see....

<C2>every single promise i'll keep,
cause what kind of guy would i be.
if i was to leave when you need.
me most....

<C1> what are words if you really dont mean them when you say them....
what are words if there're only for good times then they dont..
when its love yea you say them out loud. those words,,
they never go away...
they live on even when we're gone...

and i know an angel was sent just for me and i know im meant..
to be where i am and i gonna be.
standing right beside her tonight,
and im gonna be by your side..
i would never leave when she needs.
me most...
<C1>
anywhere you are i am near.
anywhere you go i'll be there.
and im gonna be here forever more..
<C2>
im forever keeping my angel....
close.........

rindu saat ini. hahahhaaha ='D

Asalammualaikum =)

Sunday, 25 December 2011

Alhamdulillah.

Asalammualaikum , Alhamdulillah hari ini 12/25/2011 kami sekeluarga telah selamat menjalankan 
Tahlil untuk uncle Halid Salehan.

Semoga roh uncle ditempatkan dengan orang-orang yang beriman dan disayangi Allah.

Takziah untuk keluarga uncle , kepada makcik saya teh, siraj harap teh menjadi seorang yang tabah menghadapi dugaan Allah ni .
Kepada sepupu saya , ifah,faez,kak long, kak yanee, kak uyu harap semua tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan uncle, dan tabah menerima ketentuan Allah S.W.T .


*Walau apa pun yang tejadi , kami semua sentiansa doakan uncle . Insyallah <3

#Asalammualaikum. 
Kepada yang membaca post ini dengan ikhlas sedekahkan Al-FATIHAH buat uncle saya yee.

Wednesday, 21 December 2011

Kehidupan semenjak habis SPM!

Asalammualaikum!!!!!
haaaa. nampak energy betul aku bagi salam. Tak tahu lah kenapa , semenjak habis SPM and duduk rumah 24jam ni aku rasa tenaga aku banyak dan tak akan bekurang sama sekali .

Kenapa aku banyak energy?? okay aku cerita .
*First sekali tepat pukul 10 or 11 baru aku bangun and tak perlu ucapkan selamat pagi dekat sesiapa sebab semua orang dah bangun berbeza masa aku sekolah dulu , aku bangun aku ucapakan selamat pagi dekat semua orang yang yang paling letih sekali aku kena kejutkan afiq abang aku yang tidurr mati, tapi semenjak aku dh x sekolah ni, afiq yang kejutkan tak pun abang 'rosyam nor' ak .PEEEEAAACCCH!

Okay tu cerita baru bangun.. Okay dah lepas bangun sudah semestinya berbeza dari dulu sebab kalau dulu aku bangun terus capai tuala dan mandi. Sekarang? pukul 4 atau 5 baru aku perasan aku tak mandi lagi dan kadang-kadang mak aku balik baru aku nak mandi, mak aku balik dalam pukul 6.45 macmtu lah.HAHA

Cerita bangun dah , cerita mandi pun dah . Ni aku nak cerita ape aku buat sampai aku tak mandi tu.
*Aku ni tak lah pemalas and tak guna sangat , aku menggunakan tulang muda ni untuk membersihkan rumah aku ni , supaya menjadi 'rumahku syurgaku' taklah penuh dgn habuk, sampai aku boleh kena athsma. So kepada anak2 dara jangann jadi pemalas sangat . KEMAAAS RUMAH! BANTULAH IBU ANDA !

*Dah selesai kemas rumah, aku pun buatlah kerja macam korang semua suka juga iaitu
ONLINEEEE!!!!! 
aku ni takda lah 'HOT' mana pun , tapi kalau buka FB tu mesti adalah orang tag nama lah, orang hantar mesej lah , POKE takyah cakap lah. BANYAKKK ! *kpoyo !
Tu baru FB , kalau aku buka TWITTER lagi lah, orang mention macam aku sorang je kawan diorg yang follow diorang kat twitter tu HOHO! 
Dan aku semestinay membuka dan update my bucuk-bucuk blog ni , tapi bila ada idea jee.. hehe.
aku sayang gila blog aku yang ni, harap aku tak lupa pswrd yang ni pula.

Okay selepas aku online, sudah semestinya aku yang KURANG KURUS ni berasa sangat lapar dan memerlukan makanan yang banyak. Ni jee masalahh aku, AKU TAK TAHU MASAKKK ! nasib baik ada abang acab saya yang pandai sangat masak dan juga adik saya . MUAH!  suka aku orang lain masak AKU MAKAAAAANNNN! HAHAHAH(gelak jahat)

Lepas makan aku mesti mengantuk , aku pun pergilah ke bilik aku yang DIVA sangat tu , dan terus tarik selimut aku yang LEMBUT dan meletakkan kepala ke atas bantal aku yang EMPUK. hehe
dan terus TIDUUUUR  ! (mimpi indah)

Okay sampai sini, kadang-kadang aku bangun malam tu , kadang-kadang aku tidur sampai pagi dan mengulanggi aktiviti aku yang macam atas ni semula.(TERUUUUK)

Apa-apa pun aku SUKA CUTIIIII !!!!!! 
eh aku nak cari kerja okay, mak aku cakap ambil LESEN dulu(nampak mak aku sayang aku)haha

Okay lah. Aku tahuy aku teruk. Alah korg yang cuti tu pun lebih kurang sama jee.. kalau aku teru pun , teruk sikit je dari korang =P
_______________________________________________________________

OH AKU LUPA !!!
GOOD LUCK UNTUK ADIK-ADIK YANG AKAN AMBIL RESULT ESOOOK! =)








Monday, 19 December 2011

AKIBAT TERLIUR :)

Aku update tampelates aku gambar ice-cream ni sebab aku tengah betul-betul
TERASA NAK MAKAN ICE-CREAM

Nanti dah hilang rasa ni, aku tukar . HAHA 
PEEAACCCCEE (Y)

*tengoklah blog saya yang sedap ni =)

Sunday, 18 December 2011

lesen!!!!!

Helloooooooo!!! saya di sini ingin mengumumkan bahawa saya baru balik dari mendaftar Lesen Kereta,
Saya bangga(padahal baru daftar) HAHA !
Saya harap saya lulus dengan cemerlang,gemilang,dan terbilang!!!

Bukan nak bangga diri, aku sebenarnya excited jeee !  =)
Doakan saya dapat lulus yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!! (paksa) haha

Aku adalah juga tak puas hati dengan pakcik yang ajar tu, tapi taknak kutuk nanti ilmu tak berkat ,tapi memang aku tak puas hati dengan dia, aku ingat lepas jee aku lulus lesen, terus aku nak kunci dia dalam kereta, pastu lepaskan kereta dekat mana-mana sungai ke gaung mana-mana ke . Kau tunggu pakcik. 
AHAHHAHA(gelak jahat)

okaylah. Aku tak tahu bila nak pergi dengar ceramah yang 10 jam nanti, and macam mana aku nak hadapi benda tu semuaaa!!! OH TIDAAAAKK!

Bila aku dalam dewan ceramah nantii :
*duduk keseorangan tanpa gurauan dari kawan-kawan
*tidak kenal sesiapa
*muka blur gila macam budak darjah satu masuk kelas
*lapar setiap masa
*haga tahap dewa dewi
*tengok-tengok kalau ada pakwe kacak =P
*menyampah tengok lelaki or perempuan rempit! peeaach! haha
*taku-takut orang sebelah mulut busuk (10jam nak thn)

Dan sewaktu dengannya lah! HAHAHAHA =D

semoga saya dapat lesen =D