Thursday, 19 January 2012

Cita-cita saya

Asalammualaikum!

Hello everybody !! nampak tak excited dekat situ? haha! post kali ini ,anda jangan risau kerana anda tidak perlu baca panjang dan tidak akan mengambil masa yang lama kerana saya nak tulis sikit je.

The real of my ambition is GRAPHIC DESIGNER =)


Semoga aku berjaya mencapai cita-cita aku yang satu ini. Baby tunggu i datang =) hehe
Manusia sekarang semakin hebat.Mencipta sesuatu yang tidak dapat difikirkan oleh orang lain, dapat ke aku jadi macam diorang ni, Mungkin satu hari nanti. Just wait and see (Y)

Asalammualaikum =)

Kami bergabung kembali.

Asalammualaikum! 

Pertama sekali duduknya saya keseorang diri di rumah ini tanpa kawan mahupun teman ingin mengucapkan SELMAT TAHUN BARU CINA or HAPPY CHINESE NEW YEAR(Y). 
Kepada yang sambut tu harap-harap kamuk semuak happyk selaluk (sarawak). haha, kepada yang tak sepatutnya sambut tapi nak sambut , suka hatilah, tapi jangan tekeluar dari ajaran sebenar puloookkkkk!

So hari ini aku nak cerita pasal dua orang insan yang dicipta oleh Allah SWT untuk menjadi kawan aku. haha!aku xdelah kawan baik sangat dengan diorang, kadang-kadang macam malas layan pun ada diorang ni. haha! tapi semenjak, kteorang dah tak sekolah ni, kami menjalin kan hubugan sulit, sampaikan kami kadang-kadang lupa akan suami masing2 (suami ke?) haha! sebenarnya takdelah lupa sangat, cuma 'terlepas pandang' jee. haha. Semua kena lah faham, kalau kteorang jumpa umpama 'DuniaKamiYangPunya' mana nak perasan orang lain. Disebabkan kami terlampau obses dengan gossip,borak,merapu,mengila dan sewaktu dengannya, kami menghabiskan masa di twitter dan fb, tapi kesian dekat si shena ni sebab selalu kena 'tweet limit'. Sampai aku rasa Twitter dengan fb tu macam kteorang 3 je dalam 'laman sosial'tu. Aku pun tak tahu lah ape nak jadi dengan kteorang ni. 

Lagi satu , cerita sedih dan kami tiga orang memang tak boleh terima kenyataan lah, cerita kami minta kerja,dah macam-macam tempat dah mintak kerja, tapi takde yang panggil pun, sungguh malang nasib kami. Mungkin belum ada rezeki untuk kami, ataupun Pasti ada hikmah disebalik ini semua *ayat sedap hati. haha

Nampak tak gila dia dekat situ? orang tangkap gambar tunjuk muka, dia tutup muka. haha!
haa, yang sebelah tu yoi, bucuk2 dia. Tak nampak? tu bahu yoi. HAHAHAHAH!

Bukan main excited lagi dapat minum air, haha!ha ni betul xde sesiapa dekat sebelah dia. Comel gambar ni , suka sangat aku tengok *MataKeAtasTanganDiDada. haha!. Dia ni hari ini Pass test undang-undang jalan raya, Tahniah3 =D (jelouse aku) nanti kalau dah dapat lesen jangan lupakan aku pulok! hee

*Korang patut rasa bangga aku masuk gambar korang dalam blog aku.

Asalammualaikum =)

Monday, 16 January 2012

Ramai orang gila judi.

Asalammualaikum.

Sebenarnya tadi tepat pukul lapan seperti biasa duduk di depan Tv, tengok berita di Tv3 (Y), saya seorang yang sangat gemar menonton berita, kerana dari beritalah kita dapat tahu perkembangan semasa negara dan dunia, Berita juga boleh menjadi alat pengganti untuk Surat Khabar, so kepada yang malas nak baca surat khabar jangan risau, kerana anda boleh mendengar berita, kalau dengar berita pun malas ,Takpayah jadi orang. peeaacee(Y)

Okay2, bukan main panjang intro aku, hehe. Actly berita yang menarik minat aku hari ini adalah pasal berita yang melibatkan penangkapan 'PemainJudi' di ladang getah tu, aish diorang ni, ladang getah pun jadi nak main judi, pilih lah tempat selesa sikit, yang ada aircone ke, paling kurang pun carilah tempat yang ada kipas ke, carpet ke, bantal ke. Baru lah boleh main judi dengan tenang dan selesa *k lari tak tajuk.

So,ape yang buat aku tetarik untuk share dengan korang tentang berita ni? ini kerana semasa tengok berita ni, abang aku yang comel lote tu boleh tanya aku, 'main judi salah ke? ape yang buruk sangat main judi ni?' haaa tulah soalan abang aku tanya, jadi disebabkan soalan ni, aku pun mula berfikir? lalu menjawab jawapan yang padat dan sendat untuk dia. =)

*Ini lah jawapan saya bagi untuk soalan diatas :
Pertama sekali main judi salah dari segi undang-undang sebab, apabila seseorang main judi dan kalah judi, apabila kalah judi, mereka akan berhutang dengan pemain judi lain, dan apabila hutang dengan penjudi lain, maka mereka akan berhutang pula dengan 'AHLONG' dan apabila berhutang dengan along , maka ahlong akan dengan sengajanya mengenakan *bunga yang tinggi, oleh sebab ahlong mengenakan *bunga yang tinggi ,maka Perjudi tadi tidak larat dan tidak mampu untuk bayar, ini akan menyebabkan ahlong marah dan akan Membunuh perjudi yang tak guna tersebut *padan muka.

So apabila pekara-pekara di atas berlaku, maka kes-kes jenayah di negara kita akan meningkat tanpa kita sedari,jangan ingat hanya berjudi di ladang tidak akan menjejaskan negara.(macam pemimpin tak aku)haha. Jadi terdapat banyak buruknya kalau berjudi ini,memang takde yang baik langsung lah.Banyak lagi cara nak cari duit . Cuma kena rajin bekerja je, kebanyakan yang main judi ni semua PEMALAS ! aish dasar tak guna. haaha

Nasihat saya disini, Janganlah berjudi, ianya akan memakan diri anda di masa hadapan nanti =)
_________________________________________________________________________

HA ! laki ni orang panggil dia 'dewa judi' hahaha =)
HEBAK3! 




Eh , dia bukan pemain judi, haha. Nama dia JUDI Dench (Y) hebak3! haha

okaylah dari aku banyak mengarut baik aku berhenti, haha bye awok semua =D

Asalammualaikum =)

Cincin Emas

Asalammualaikum!

Nampak tak tajuk aku, *Habib jewel sangat. haha, sebenarnya saya Dapat Pakai Cincin EMAS umi saya =D.
Takdelah bagi terus *umi kedekut. hehe, umi bagi pinjam sehari je,tapi takpelah saya rasa bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk pakai cincin emas ini, saya rasa bertuah dari remaja lain yang tak pernah pakai cincin emas. hehe.Padahal zaman sekarang setiap anak-anak dara dekat luar tu mesti ada barang-barang 'kemas' ni,kalau tak banyak, seutas mesti ada punya lah. Aku jee pinjam umi punya *Sedih!

Sebenarnya bukan lah ibu bapa saya yang kedekut tapi, SirajAzman memang tak suka dan akan Tension kalau pakai barang kemas . Sebab bila aku pakai barang yang bewarna Emas, aku rasa macam tak sesuai dengan kulit aku yang kurang putih ni, kadang-kadang rasa macam 'Lembaga Hitam' jee. Ramai orang cakap , orang yang kurang putih bila pakai barang kemas maka akan teserlah lah kehitaman diri mereka. haha peeaacee (Y) .Tapi dalam tak suka , bila orang bagi aku Emas , aku ambil jee,sebab kalau tak nak pakai pun, bila susah-susah nanti boleh buat gadai ke , jual ke . haha! 

Kalau mengikut falsafah melayu 'sekasar mana seorang wanita itu, akan lembut dengan perhiasan' nampak tak aku reka sendiri falsafah sendiri. haha =D. Tapi SirajAzman tak akan pernah lembut dengan Emas =P .
Tapi kalau kahwin ke bertunang ke, paling kurang pun SirajAzman nak Dua Cincin EMAS, Dua Cincin EmasPUTIH (Y). *Sungguh Tamak !

Cincin macam ni selalunya orang buat bertunang je. "cincin belah rotan" nama nya =)
HAA! cincin ni sweet gila lah, boleh sambung2 ,sesuai lah buat "Wedding Ring" =)
RM 14000 =O

Cincin Emas Putih, ha ni untuk bertunang juga. Simple tapi memang Adore gila cincin macam ni =)

OMG !OMG! OMG! memang gila lah cincin ni,  kalau lah cincin ni ada dekat aku, memang dia lah dunia aku. hahaha!Takdelah mahal sangat, adalah dalam RM 12000 =) hahaha (Y). Okaylah ni, nak anak dara orang kena lah bekorban "sikit" haaha.

Okaylah, siraj nak bagi Advice sikit, kalau nak kahwin atau bertunang takpayah lah beli cincin yang mahal tahap dewa dewi , beli mengikut tahap kemampuan pasangan kita je, tapi kalau besar kemampuannya pilih lah yang mahal-mahal sikit,hehe , kepada yang berkemampuan rendah tu jangan lah paksa-paksa supaya beli yang mahal-mahal, nanti nak hidup di masa hadapan, hidup dengan Hutang Cincin je. hehe.

Okaylah dah tak tahan dah cerita pasal cincin ni.Sampai sini jelah saya berhenti yee. =)

*Cintailah pasangan anda,Fahamilah pasangan anda,Sayanglah pasangan anda.

Asalammualaikum =)

Sunday, 15 January 2012

Kepercyaaan !

Asalammualaikum! 

Tulis blog ditengah-tengah malam,duduk pula bawah kipas yang berpusing dengan laju untuk menyejukkan diri ini memang terasa dan terserlah keselesaannya (Y). Biasalah malam-malam minggu ini semua orang tidur lambat , lagi-lagi 'REMAJA' macam aku ni, kepada remaja yang suka tidur awal memang sia-sia lah usia remaja anda.hehe. 

Okay,See my Title for tonight. Em sebenarnya aku sedih sebab aku rasa sekarang ini macam ramai yang tak percaya aku. Aku tak buat salah pun, orang cakap aku buat salah and yang paling teruk bila aku cakap aku tak tahu yang aku buat salah , orang kata aku buat-buat tak tahu.Aku tahulah kadang-kadang aku ni 'lembab' sikit sebab aku tak perasan kalau aku buat salah. Bukan tak hiraukan perasaan orang,cuma kadang-kadang aku tak tahu benda yang aku buat tu akan menyakitkan hati orang dan boleh menyebabkan orang berfikiran negative terhadap aku.

Em aku takdelah cakap aku baik, tapi sekurang-kurangnya bagilah aku ruang untuk terangkan cerita yang sebenar dan kalau taknak percaya aku sangat, just bagi aku 'defend' diri aku ni. Ini tak, semua tuduh aku sampai *** aku sendiri pun tak percaya aku. Its okay lah , mungkin sebab aku kawan dengan budak-budak yang orang lain anggap sosial dan boleh terhegeh-hegeh dengan mudah dan senangnya dekat lelaki even kawan lelaki sendiri pun boleh cakap benda yang tak sepatutnya lelaki dan perempuan bercakap.Tapi aku kalau berkawan dengan 'PerempuanMurah' sekali pun, aku takkan ikut macam dia, sebab aku tahu diri aku dan aku tahu ape yang betul dan ape yang salah. 

 Ayah aku pernah cakap dekat aku, dimana pekara yang paling susah untuk kita dapat adalah 'Kepercayaan' seseorang itu *Rindu gila dekat ayah. Tapi walaubagaimanapun jangan disebabkan orang tidak percayakan kita, kita jadikan alasan untuk kita tidak percya kepada diri kita.(nampak tak ayah aku hebat berkata-kata)hehe.Em aku tak kisah lah ape orang nak cakap. Terpulanglah selagi mereka belum puas, biarlah Allah yang menetukan, actly banyak lagi benda penting nak aku fikirkan ='P.

Aku nak mintak maaf kepada yang taknak langsung percaya aku tu. Terima kasih banyak-banyak sebab dah banyak berjasa dengan aku. Haaa. ayah aku cakap jangan banyak termakan budi orang nanti susah. Aku jadi macam ni sebab tak ikot cakap ayah akulah. haha.Okaylah sedih betul tulis post ni. =')

Kepada yang baca post aku kali ini, Saya ingin meminta maaf juga yee kalau saya ada buat awook semua marah atau tidak puas hati dengan saya dan kalau ada itu semua ada Saya Tidak Berniat Langsung.

Terima kasih sebab percaya nak baca post saya kali ini =')

Asalammualaikum =)

Wednesday, 11 January 2012

Kurniaan Tuhan untuk Saya =)

Asalammualaikum!

Waaaaaaaaah see my title,actually bersyukur dengan kurniaan tuhan kerana anugerahkan saya tiga orang adik-beradik yang sangat SWEET !!!

Emm, aku bersyukur sangat sebab adik-beradik aku sangat rapat each other! Tipu lah kalau aku cakap tak pernah gaduh, kami kalau gaduh sampai pecah-pecah rumah tu. haha! tapi kami jarang gaduh lagi-lagi aku sebab aku BAIK! =P

Sebenarnya aku duduk tengok2 video and gambar adik-beradik aku ni haa, comel sangat and teringin nak share dengan awoookkk semua pasal adik-beradik saya (Y). Bukan aku yanng cakap kami ni rapat, ramai orang jelouse tengok kami empat orang ni. Semua pelik kenapa kitaorang boleh rapat and tak macam adik-beradik yang lain. Aku takde lah rasa ape-ape pun, tapi bila diorang cakap baru aku terasa. Aku kadang-kadang sedih tengok kawan-kawan aku yang cakap diorang nak adik-beradik macam aku, ini membuatkan aku rasa bersyukur dan hargai sangat abang-abang dan adik aku yang sorang tu..


 haha. Takde gambar lain lah. memory card lama aku dah hilang =)
Just ignore je yang korek hidung tu. Tak senonoh punya budak.! hahaha

Aku sayang abang-abang dan adik aku. Tak boleh hidup ooo tanpa diorang. Tanpa diorang hilanglah tawa dalam dirikku (nampak ayat jiwang) haha. Em kalau korang tanya macam mana kami boleh rapat ? aku tak tahu nak jawab ape, yang aku boleh cakap, mungkin kami sudah dilatih dari kecil rapat macam ni. Kami susah senang bersama. Hari ini abang-abang saya dah berjaya and jadi insan yang berguna kepada negara dan bangsa. haha(ayat propa) saya bangga dengan abang-abang saya .  

Aku cerita contoh kami hidup susah senang bersama :

*Rumah aku dulu kalau korang nak tahu ada pokok mangga, rambutan, nangka, mata kucing dan sabagainya. hehe , buah durian je takde =) . Disebabkan rumah aku banyak buah lagi-lagi musim buah. Kitaorang xdelah teruk sangat makan sampai muntah-muntah, haha. So untuk mengelak dari makan sampai muntah , Kami empat orang kumpul buah banyak-banyak, lepastu Buka satu meja , sediakan Penimbang, dan Kami JUAL BUAH DEPAN RUMAH  :)
Alhamdulillah buah-buah yang kami jual LAKU! 

*Disebabkan kami pernah jual buah maka semangat ingin buat bisnus semakin meningkat. Ada satu masa aku dan keluarga mengalami masalah kewangan yang agak CRATICAL! So kami mana boleh tengok ayah dan umi susah payah dua orang je. Jadi kami empat beradik yang bersatu padu ini membuka satu bisnus iaitu 
MAS BURGER. 
HAAA !eh mestilah laku juga burger kami ni, siap ada pelanggan tetap , orang datang cakap 
'dik macam biasa' aku dengan abang aku pun kadang-kadang tersilap and terpaksalah tanya. hehe.  eh lupa puloooooook! abang-abang saya tukang masak, saya tukang bungkus *jangan pandang rendah dekat saya.Oh adik aku boss, jaga duit (Y)

*Tu kalau bisnus, kami adik-beradik kalau nak beli sesuatu, mana ada minta terus dekat umi dan ayah, kami berusaha sendiri, dengan cara CARI TIN DAN JUAL TIN, banyaaaakkk ooo dapat. 
(nampak tak kteorang tak reti duduk rumah) hehe. tapi melakukan aktiviti berfaedah. Kami buat ni sama-sama tawuuk. Duit yang dapat nanti kami bagi sama rata , kalau ada lebih ktorang masukkan dalam tabung sebab Umi ajar menabung dari kecil =)

HAAAA ! banyak lagi kami buat masa dulu. Sekarang semua dah dewasa =)


Takde lah dewasa sangat, aku dengan si scha ni stiil under age okay, yang pertama dari kiri Abang yang banyak membimbing adik-adiknya supaya menjadi seorang remaja yang berguna,
Muhammad Azraf Shah bin Azman Shah a.k.a abang acab saya sangat garang dan kami semua takut apabila dia SERIUS =O.. Walaupun abang saya ni kuat marah, tapi kalau dia marah and adik dia menangis, mesti dia senyap, sebab tak boleh tahan dengan air mata adik. Dia juga CHEF kami , dia masak memang terbaik, Maggi boleh jadi Mee Hotel Five Star. hehe 

Yang kedua tu saya. TUUUUUUT! buat ape nak cerita pasal aku. haha. Yang ketiga my sister, 
Nur Aishah Afiqah Binti Azman Shah nama glamour Scha *konon-konon artis. Dia ni je yanng sekolah sekarang ni, haha. Dia paling kecil tapi dia lah yang paling susah jaga, macam-macam ragam budak kecik ni. Tapi dia seorang adik yang dengar cakap, melawan sikit-sikir adatlah. Ha dia ni kalau bab online memang ketagih gila lah , so aku dengan abang-abang tengah kawal dia dari online. Lagi satu , umur dah form 4 tapi perangai macam budak 'kurang pandai' , tapi aku bersyukur juga lah sebab dia tak macam budak-budak zaman sekarang yang 'terlebih pandai' faham lah maksud aku ape. haha.

HA! yang last tu, gambar lain sikit tu, abang kedua aku Muhamad Afiq Muiz Bin Azman Shah. Dia seorang abang yang sangat slow dan cool. haha. Tapi kalau dia naik angin, macam bom ooooo!! haha. Dia ni seorang yang sangat-sangat caring dan sharing. =) . Tapi aku menjirap dia ni suka buat sepah , bukan aku jee, umi pun tak boleh tahan dengan dia punya bersepah. haha.

*Persamaan yang paling ketara antara kami adik-beradik ialah kami semua 
SEORANG YANG SANGAT SENSITIVE so berhati-hatilah dengan kami. Paling teruk aku lah, kalau tengok orang menangis pun aku boleh join sekali nangis walaupun aku tak tahu kenapa dia nangis, aku cuba buang tabiat ni, tapi tak boleh. haha. =)

Okaylah. aku rasa post kali ni paling panjang (Y) ni pun baru sikit aku cerita.hehe
#saya berhenti setakat ini sahaja yee. 

*Kepada anda semua diluar sana, Sayangilah adik-beradik anda , kerana kasih sayang dalam adik beradik tak akan kita dapat walaupun dari ibu bapa kita sendiri. #FACT

Terima kasih kerana sudi membaca me and my sibling ni =)

Asalammualaikum =)

Sunday, 8 January 2012

Diva ke ?

Asalammualaikum!

Helloooo! adik-adik, akak-akak, abang-abang, dan sewaktu dengannyalah !
Pertama sekali (ayat baku) aku bengang, marah, sakit hati, jelouse,tidak puas hati, sebab all my sibling keluar have fun,berseronok,mabuk-mabuk sikit(ni tipu),gelak ketawa dekat luar hari ini, and aku duduk  rumah je dengan umi sebab aku tak sihat sangat hari ini, kalau sakit sikit-sikit aku dah keluar dah. Tapi ni selsema stok keluar 'hingus' 24 jam. HAHA okay sorry pengotor.

Okay-okay back to story! sebenarnya kalau tengok blog aku pada 8/1/2012 aku letak gambar dekat 'header' blog ni. Sebab hari ini aku buka kebanyakan blog semua ada gambar dekat header ni, so aku pun nak try lah letak juga =)
Tapi jangan risau , ini semua sementara sahaja, akan saya delete yee nanti.Saya ni suka ikut mood kalau buat blog ni. Kesian blog aku ni. =P

Okay lah, kalau tengok gambar aku ni, Kepada yang cakap lawa ,cantik,manis,pretty,sweet,hebat,awesome,dan sepesis dengannya saya ucapkan terima kasih sangat! HAHA (perasan gila)
Kepada yang tak suka,jijik,hina,menyampah,mengumpat,meluat dan seteruk dengannya. Saya ucapkan terima kasihm juga. HAHA
(bajet suci)

Okay lah !terima kasih kerana  membaca post kali ini yee. Post kali ini macam takde isi kan ? hahahhaha!
 Anoyying gila post ni. Tapi takpelah! layan jelah yee.

Asalammualaikum =)